Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

24 Aug 2011

GURU PELATIH@SKTP 2011.

Guru-guru praktikum UNISZA

Guru-guru praktikum IPG KDRI

Seramai 7 orang guru pelatih telah datang ke SKTP untuk menjalani praktikum. Guru pelatih tersebut dari 2 institusi pengajian tinggi yang berbeza di Terengganu iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail( IPG KDRI) Batu Rakit, Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu. Seramai 3 pelatih "TEACHING PRACTICUM DIPLOMA TESL V" dari UniSZA dan 4 pelatih "PISMP SEMESTER 6 SAINS DAN MATEMATIK" dari IPG KDRI. Guru pelatih dari UniSZA menjalani praktikum bermula pada 19/06/2011 hingga 22/09/2011. Kumpulan guru pelatih ini berkesempatan untuk merasai suasana kemeriahan sambutan hari raya peringkat sekolah nanti.

Sementara itu guru pelatih dari IPG KDRI pula menjalani praktikum bermula pada 03/07/2011 hingga 25/08/2011. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang mereka berikan sepanjang berada di SKTP walaupun tidak berkesempatan merasai suasana sambutan hari raya peringkat sekolah nanti.

Nama guru pelatih dari UniSZA :-
1. Norzulaikha Husna Binti Isa.
2. Nur Hasni Binti Mat Isa.
3. Siti Aisyah Binti Abdul Manan.

Nama guru pelatih dari IPG KDRI:-
1. Nurul Farihah Binti Lauji (Sains).
2. Laila Maisarah Binti Abdul Kadir (Sains).
3. Alina Binti Jamalukhair (Matematik).
4. Nurul Husna Binti Ahmad Basah (Matematik).

MAJLIS PEMUAFAKATAN PENINGKATAN UPSR 2011

Seramai 14 orang murid SK Telok Pasu yang mendapat 4A1B dan 3A2B dalam peperiksaan percubaaan UPSR telah dihantar oleh pihak sekolah ke Majlis Pemuafakatan Peningkatan UPSR 2011. Majlis yang dianjurkan oleh JPN Negeri Terengganu itu telah diadakan pada 24 Ogos 2011 di Dewan Abas SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu. Ucapautama majlis tersebut disampaikan oleh Tn. Hj Muhammad Tawan. TAHNIAH KEPADA MURID YANG TERPILIH.

23 Aug 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011.

Minal Aidzin Wal Faidzin Salam Aidilfitri 1432H
TARIKH                       : 04.09.2011 (AHAD)
MASA                          : 8:30 PAGI - 11:00 PAGI
TEMPAT                      : KANTIN SEKOLAH & MAKMAL SAINS
PAKAIAN                     : LELAKI - BAJU MELAYU
                                     PEREMPUAN - BAJU KURUNG / KEBAYA NYONYA

ATURCARA MAJLIS :-

08:30 pg - Perhimpunan pagi
              - Nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.
              - Sesi bergambar guru-guru & murid-murid SKTP.
              - Penyerahan kuih raya.
              - Pengagihan semula kuih raya.
              - Jamuan.
11:00 pg - Majlis bersurai.

**********
*updated - Majlis Penyampaian Duit Raya & Pelancaran Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 25.08.2011 (Khamis), jam 08:30 pagi di Dataran Perhimpunan SKTP - Admin.

22 Aug 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKTP.


Bermula kelmarin, 21.8.2011 SKTP telah mula memasang bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan. Tema pada tahun ini ialah "1Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Adalah diharapkan kepada semua warga SKTP dapat menilai erti kemerdekaan dan menerapkan ke dalam kehidupan yang akan mendatang.

MUTIARA KATA PENCETUS MINDA


PESANAN IMAM AL-GHAZALI.
Sifat utama bagi seseorang pemimpin ialah baik hati.
Bencana akibat kebodohan ialah sebesar-besar musibah kepada masyarakat.
Seseorang itu tidak dikatakan terpelajar selagi belum tampak nyata ilmunya di kalangan kaumnya.
Apabila dasar suatu cita-cita mulia, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Sebutkan nama yang paling disukai, baik atau tidak.
Pujilah orang orang yang suka menerima pujian dengan perkara-perkara yang baik.
Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya.
Ilmu itu iman dan amal itu pengikutnya.
Masuk ke dalam dunia itu mudah, tapi keluarnya amatlah sukar.
Tiada kemuliaan selain bagi siapa yang menghina diri dan tiada ketinggian selain siapa yang merendah diri.
  • Barang siapa yang menghabiskan waktu berjalan-jalan untuk mengumpulkan harta kerana takut miskin, maka itulah miskin.
  • Barang siapa yang memilih wanita dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang besar.
  • Ketahuilah bahawa harta itu seperti ular, padanya ada racun dan padanya juga ada ubat. Faedahnya itu ialah ubatnya dan bahayanya ialan racun.
  • Ketahuilah bahawa taubat ialah ungkapan daripada tiga perkara yang tersusun tertib dan berurutan; ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmu merupakan penyebab daripada keadaan sedangkan keadaan penyebab bagi segala perbuatan.

5A'S IS OUR TARGET'S.


Kain rentang yang telah ditandatangani oleh calon UPSR
Jawatankuasa UPSR SKTP 2011 telah berjaya mencipta kain rentang yang ditandatangani oleh setiap calon UPSR 2011 SK. Kebangsaan Telok Pasu. Setiap calon telah membuat AKU JANJI bahawa dengan sedaya upaya akan berusaha mencapai hasrat sekolah, para guru dan hasrat murni ibubapa. Pihak sekolah mensasarkan bilangan 5A pada tahun ini ialah seramai 31 orang berbanding pada tahun lepas 2010 seramai 23 orang. Pada hemat para guru yang mengajar tahun 6 SKTP terdapat sebilangan calon lagi yang berpotensi untuk menyertai rakan-rakan mereka yang berupaya mendapat 5A. Pelbagai aktiviti dan perancangan telah diadakan oleh pihak sekolah terutamanya Jawatankuasa UPSR 2011 yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Mazlam b Muda. Semoga harapan dan hasrat murni pihak sekolah akan tercapai. INSYAALLAH.

21 Aug 2011

PROGRAM PENGISIAN 1M1S SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2011.

Pihak sekolah telah diminta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memenuhi program 1M1S. Aktiviti 1M1S dijangka akan bermula dari bulan September hingga bulan Oktober 2011. Antara permainan/aktiviti Pengisian Program 1M1S :-
  1. KEM 1M 1S           - 8 hingga 10 SEPT 2011(KTU)
  2. BOLA BALING      - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  3. BOLA TAMPAR    - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  4. BOLA SEPAK       - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  5. BOLA JARING      -11 HINGGA15 SEPT 2011
  6. HOKI                     - 25 HINGGA 29 SEPT 2011
  7. PROGRAM TID OLAHRAGA      -  29 SEPT 2011
Pihak sekolah bercadang untuk menyertai permainan/aktiviti tersebut. Sehubungan dengan itu satu taklimat kepada Setiausaha Sukan akan diadakan seperti maklumat berikut :-
Tarikh     : 5 September 2011 (ISNIN)
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : Dewan SK Sultan Sulaiman 2, K. Terengganu.
Setiausaha Sukan sekolah diminta hadir ke taklimat tersebut.

KELAB PENABUNG MUDA BSN

Dua orang murid SK Telok Pasu telah menerima cenderahati daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana menyertai KELAB PENABUNG MUDA (KPM). Mereka ialah adik Muhammad Syafiq bin Mohd Saifulzaman (2 Jauhari) dan adik Nurul Izyan bt Zulkarnain (3 Jauhari). Adik Muhammad Syafiq telah membuat simpanan permulaan sebanyak RM300.00 dan mengekalkan simpanan tersebut sepanjang menjadi Ahli Kelab tersebut. Adik Muhammad Syafiq telah mendapat cenderahati berupa lambang 1 Malaysia dan T-Shirt Kelab Penabung Muda. Manakala, adik Nurul Izyan bt Zulkarnain (3 Jauhari) pula mendapat Kad Keahlian Kelab Penabung Muda (KPM).

Pihak sekolah berbesar hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh dua orang murid tersebut dan berharap dapat menjadi contoh teladan kepada murid-murid yang lain. Penyampaian cenderahati dan kad keahlian telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada kedua-dua murid tersebut.

18 Aug 2011

PROGRAM UPSR : PECUTAN KECEMERLANGAN SKTP 2011

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas penglibatan dalam program kecemerlangan yang telah dan akan diadakan. Program yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya ialah KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN UPSR 2011 di Anees Resort pada 17 hingga 19 Julai 2011 di Batu Rakit. Jumlah peserta 104 orang murid. Guru Pengiring seramai 8 orang. Pihak sekolah juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam KEM TUTORIAL UPSR peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah berpusat di sekolah ini. Begitu juga guru yang terlibat dalam KEM AKADEMIK sebagai urusetia di SUMAI Apartment Hotel dan sebagai Fasilitator fasa 3 di Batu Buruk Beach Resort manakala fasa 4 di Anggulia Resort, Marang. Pada 27 Julai yang lalu juga telah diadakan "Program Release Tension". Murid-murid tahun 6 SKTP telah melakukan solat hajat di Masjid UNIsZA diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Norzaki b Ali. Para rombongan juga telah melawat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Para rombongan telah mendapat info yang terkini daripada pegawai yang bertugas. Para ahli rombongan menjamu selera di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Program yang berlangsung ialah Teknik menjawab Soalan dan Solat Hajat Perdana.

PENGAUDITAN TERHADAP PENYATA DAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2010.

Pengauditan bagi 2010 yang disemak oleh Bahagian Audit Sekolah Terengganu, KPM telah selasai dijalankan. Pihak sekolah telah menerima sijil audit tanpa teguran (Pengurusan Kewangan-Baik). Kerjasama semua warga sekolah amat diperlukan dengan mematuhi prosedur kewangan agar dapat mencapai gred yang lebih baik pada tahun akan datang. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pembantu Tadbir dan pasukannya.

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2011





Majlis Khatam Al Quran SK Telok Pasu anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Telok Pasu telah diadakan pada 18 Ogos 2011 bertempat di Surau Sekolah yang dihadiri oleh semua murid Tahap 2, iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dikuti dengan bacaan Ayat Lazim iaitu bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga surah Al Ikhlas, dan seterusnya bacaan doa khatam al Quran . Bacaan diketuai oleh Ustaz Mohd. Abdul Hamid bin Mohd Abdul Wahid. Majlis bermula jam 9 pagi dan berakhir sejam kemudian. Di samping murid, guru-guru juga turut menghadiri majlis tersebut. Di akhir majlis murid di beri cenderahati berupa bunga telor dan kurma. Semoga dengan majlis ini akan menyemarakkan lagi kecintaan murid terhadap al Quran. Al Quran Sebagai Pedoman Hidup.

WIRA-WIRA SKTP 2011.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar SKTP 2011 iaitu adik Muhammad Muslim b Mazlan (4J) yang telah menjadi Johan dalam Pertandingan Taekwando Peringkat Negeri dan Adik Shahrizal b Yusoff yang telah menyertai pertandingan Formula Future peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Pihak sekolah bercadang untuk menubuhkan kelab Taekwando/Seni Pertahankan diri pada tahun hadapan untuk mengembangkan lagi bakat-bakat yang terpendam. Pihak sekolah juga akan menghantar 4 orang murid daripada kelas 4J dan 5J untuk menyertai KEM 1M1S di Peladang Agro Resort, Setiu selepas raya nanti.

KEY FACTORS OF SUCCESS(FOS).


  1. POSITIVE MENTAL ATTITUDE.

  2. TOTAL BELEIF IN YOURSELF.

  3. BIG CHALLENGING GOALS.

  4. RESPONSIBLE BEHAVIOUR.

  5. TIME MANAGMENT.

  6. PERSONAL DEVELOPMENT.

  7. HEALTH.

  8. CRAETIVITY.

  9. SERVICE.

  10. EXCELLENCE.

  11. SUPERRIOR HUMAN RELATIONS.

  12. LEADERSHIP.

  13. A PROBLEM IS A OPPURTINITY.

  14. NEVER EVER GIVE UP

16 Aug 2011

UJIAN OTI-4 TAHUN 2011.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Telok Pasu menghadapi Ujian OT1-4 tahun 2011.Ujian bermula pada 14 hb Ogos hingga 16 hb Ogos 2011 dari Tahun 1 hingga 6.Ujian bermula pada pukul 8.10 pagi dan berakhir pada pukul 12.40 tengahari.Murid-murid dibenarkan oleh pihak sekolah balik pada pukul 12.40 tengahari.Manakala para guru pulang mengikut waktu seperti biasa.

KEK HEBAT DIRI



  • 10 Biji semangat
  • 250 gram Daya usaha
  • 100 gram Kesabaran
  • 500 gram Keimanan
  • 100 liter keinsafan
  • 5 helai daun pengorbanan
  • 150 gram campuran akhlak mulai( cari di kedai Adab Sopan)
  • 8 sudu teh, rasa tanggungjawab
  • senyuman secukup rasa
Langkah-langkah membuatnya:-
  • Pecahkan dan pukul semangat sehingga naik dan kental
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul dengan sebati
  • Tuangkan keinsafan sedikit demi sedikit,gaul dan biarkan adunan menjadi lembut
  • Selepas itu campurkan keimanan,keinsafan dan rasa tanggungjawab dan tambahkan sedikit serbuk akhlak mulia
  • Potong halus-halus daun pengorbanan dan buangkan bahagian dengki khianat dan putus asa; bahagian yang tinggal iaitu ikhlas dan amanah taburkan rata-rata keatas adunan
  • Kemudian bungkus dengan kertas keinginan secermatnya
  • Masukkan adunan yang telahdibungkus tadi dalam mangkuku timbang rasa dan letakkan dalam dulang tolak ansur
  • Bakarkan bahan-bahan tadi dengan api kesungguhan yang membara
  • setelah masak hiasilah dengan senyuman
  • Hidangkan untuk semua orang(Keluarga,jiran,rakan sepejabat) dan rasailah KENIKMATANNYA.

15 Aug 2011

PERTANDINGAN PENGGUNAAN e-BOOK DALAM PdP TAHUN 4, 5 DAN 6 2011

Pertandingan ini di anjurkan oleh JPNT bersama Kerajaan Negeri Terengganu. Ia diadakan untuk menggalakkan lagi penggunaan e-BOOK di kalangan pelajar dalam PdP di semua sekolah rendah Negeri Terengganu.
Pertandingan ini juga hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 28 Ogos 2011 (Ahad). Insya Allah SKTP tidak akan ketinggalan menyertainya.....

13 Aug 2011

HARAPAN SETINGGI GUNUNG"MAN JADDA WA WAJADA"

Berdasarkan potensi dan pengamatan para guru tahun 6 SKTP, pihak sekolah percaya dan yakin bilangan calon yang mendapat 5A akan bertambah, Insyallah. Ini berdasarkan kemampuan sebilangan murid lagi yang berupaya menjejak langkah rakan-rakannya yang lain. Pihak sekolah telah menyediakan beberapa pendekatan yang 'istimewa' terutamanya guru mata pelajaran UPSR terhadap murid-murid tersebut.

CALON UPSR 2011 YANG BERPOTENSI MENDAPAT 5A BERDASARKAN OTI-4.


  1. NUR SYAHIRAH BT YUSUF 5A

  2. EIZAT SYAMIR B SALEHUDIN5A

  3. NUR RAISYA EZZANIE BT AZLAN5A

  4. MUHAMMAD SAFWAN B MAT ZAIT5A

  5. SYED MUHAMMAD SYAFIQ B SAYED MOHAMAD5A

  6. FATIN AQILAH BT SUHAIMI5A

  7. WAN NUR SYAZWANI BT WAN YUSUF5A

  8. NUR LIYANA BT MOHAMMAD

  9. FARAHANIS NABILAH BT KAMARUDIN5A

  10. NURUL HAKIMAH BT MOHD SHAFFIN5A

  11. SYARIFAH MARSYA FARIHA BT SYED KAMARUDDIN5A

  12. WAN NURUL HUSNA BT WAN AHMAD5A

  13. NORAISAH BT ISMAIL5A

  14. CHE MOHAMMAD AMAR FIKHRI B CHE MOHD HANAFI5A

  15. FAKHRUL IZZAD B MUHAMMAD ZAMRI5A

  16. NUR MADIHAH AUNI BT MARZUKI5A

  17. NUR ATIKAH BT YAHYA5A

  18. NURUL AIN IZZATIE BT AZIZ4A1B

  19. WAN RAFIQA MAWADDAH BT WAN M RIZAL4A1B

  20. IZZAT NAQIUDDIN B ZULKARNAIN4A1B

  21. MUHAMMAD ASRI HAKIM B CHE JUSOH4A1B

  22. MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI B SALIM4A1B

  23. NUR AFIEZA BT ANUAR4A1B

  24. MUHAMMAD NUR HANAFIAH(POK) B SALLEH4A1B

  25. ALYA HAZIQAH BT YONG3A2B

  26. AHMAD NAQIUDDIN B MOHD ALIAS3A2B

  27. WAN NUR ASILAH BT WAN HUSSIN3A2B

  28. FAHIMAH BT MOHAMAD3A2B

  29. MUAZ HANAFI B HJ KAMARUZAMAN3A2B

  30. NUR ASMANISHA BT SHAFFIE312B

  31. MUHAMAD QHADILAH FIRDAUS B CHE ABDULLAH3A2B

12 Aug 2011

8eight Month @ SKTP.

Teman bertugas di SKTP pada 02.01.2011. Wah...hebatnya SKTP dalam hati kecilku. Rasa bangga pun ada dapat berkhidmat kepada anak bangsa. Cikgu-cikgunya hebat belaka. Teman diberi tugas pegang kelas tahun 6. Subjek Sains tahun 6. Tahun5, 4 dan 3 mengajar subjek KH, PJK, BM. Lengoh juga kaki-kaki memandangkan bangunannya tinggi-tinggi! Tuan Guru Besar diibaratkan sebagai seorang yang berupaya mencari sebatang jarum yang hilang ditengah Padang Pasir Sahara. PK 1 seorang yang penuh dengan ilmu pengetahuan. M aklumlah cikgu yang paling senior!PK HEM yang baru - baru nak memahami situasi SKTP. Tapi, lihat pada orangnya.....mudah berkira-kira. PK KO seorang yang happy good mailto:lucky@Perkasa.Sebab itu aktiviti KO penuh dengan kejayaan. Teman-teman seperjuangan memang best giler! Terutama Yusof Black Metal. Teman sekarang baru memahami....walaupun masih banyak perkara lagi yang ingin dipelajari. Terima Kasih kepada Cg. Zainuddin tolong teman agak celik IT. Rupa-rupanya masih kurang diri ini. Cikgu-cikgu Sains khasnya..semuanya..dikatakan excellent! Teman suka berkerja dengan suasana begitu... Landskap sekolah kena upgrade lagi sesuai dengan pencapaian akademiknya!" Sekolahku Syurgaku" Insyallah 2012 nanti. Tahun 2011 dah mula sedikit demi sedikit....berkat kerja secara kolektif! Cuma teman agak 'cemas' UPSR 2011. Adakah SKTP dapat pecah rekod 2010? Rupa-rupanya..teman tumpang tuah SKTP.. Kawad kaki KTU juara.. Tahniah!

11 Aug 2011

PROGRAM BERSAMA GURU MATA PELAJARAN TERAS TAHUN 6 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan akademik akan mengadakan Program Bersama Guru Mata Pelajaran Teras Tahun 6.Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan dan melaksanakan penambahbaikan da 'value added' supaya penghayatan guru dan murid dalam peningkatan akademik dengan lebih cemerlang dan terbilang.Perjumpaan guru berdasarkan maklumat dibawah:-

Nama Guru: En. Kamarudin Abd Kadir(Guru Sains Tahun 6)

Tarikh :16.08.2011

Daerah :Kuala Terengganu Utara

Tempat :PKG Tok Jiring

Masa :2.00-4.00 petang

Fasilitator:Zakaria bin Mat Amin

Pegawai Penyelaras:1-Nordin bin Ambak
2-Mustaffa bin Mohd.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara diatas, sila hubungi HjRohadi bin Jusoh(H/P:013-9811543) Penyelia Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ditalian 09-6213018/09-6213027 dan no. faks : 09-6213028.

PEMBERITAHUAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG YANG BELUM DIJELASKAN 2011

Pihak sekolah ingin memohon perhatian dan kerjasama dari pihak ibu/bapa/penjaga murid-murid SKTP agar dapat menjelaskan bayaran tersebut pada atau sebelum 15.09.2011. Diatas komitmen dan sikap prihatin ibu/bapa/penjaga, pihak sekolah terlebih dahulu ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih.

10 Aug 2011

Majlis Tadarus Al Quran

Sempena bulan Ramadhan yang mulia Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran untuk murid Tahun 4 dan 5. Majlis diadakan pada setiap hari di surau sekolah bemula jam jam 11 pagi hingga 11.30 pagi. Murid dibahagi kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membaca sebanyak 2 juzuk. semoga usaha yang sedikit ini dapat menyemaikan semangat mencintai Al Quran dan menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup. Selamat Berpuasa.

Kelas Pecutan UPSR 2011.

Dijangka akan bermula pada hari Jumaat dan Sabtu. Masa 8.30-1045 pagi di SKTP. Hanya terbuka kepada murid SKTP sahaja. Bilangan murid adalah mengikut kemampuan dan kesanggupan murid untuk mengikuti kelas pecutan tersebut.

9 Aug 2011

Pemantauan Bersepadu Inisiatif ICT@SKTP

Pasukan Pemantuan Inisiatif ICT 2011 BTPNT telah datang ke sekolah pada 9 Ogos 2011 untuk melaksanakan pemantauan inisiatif ICT sekolah. Pasukan pemantau, En. Amiruddin bin Mohamed dan Pn. Nik Rosniza bt Nik Mustapha turut disertai Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Manir, En. Mat Sabri bin Ismail dan Pn. Raihanah bt Mohamad telah menjalankan pemantauan dalam beberapa aspek temasuklah keberkesanan persaksanaan inisiatif ICT di Makmal Komputer, Pusat Akses, PSS, Kampus Astro dan EduWebTV. Diharapkan dengan pemantauan ini memberikan input dan panduan yang terbaik kepada sekolah untuk meluaskan penggunaan dan keberkesanan ICT kepada seluruh warga SKTP.

7 Aug 2011

Taklimat SAPS : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Taklimat SAPS telah berlangsung pada 7 Ogos 2011 telah dihadiri oleh guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran SKTP di Makmal komputer. Taklimat telah disampaikan oleh Ust. Abd Majid Toha yang juga merupakan S/U Peperiksaan Dalaman Sekolah. Diharap guru-guru kelas dan guru matapelajaran dapat menyiapkan markah peperiksaan sebelum 15 Ogos ni yaaaa......