Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

21 Sept 2011

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 5

Ceramah Motivasi Murid Tahun 5 telah berlangsung pada 20 September lalu di Dewan Sekolah. Program ceramah ini merupakan pra-persedian murid tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012 yang telah dihadiri seramai 88 orang murid tahun 5. Fasilitator undangan, En. Subhan b. Mahfoz dalam ceramah beliau mengingatkan murid tahun 5 agar melakukan sesuatu yang "luar biasa" dan menekankan perlunya mengenal personaliti diri untuk menjadi murid yang cemerlang. Ceramah berakhir pada jam 1:30 petang.

11 Sept 2011

MAJLIS REHDA ILMU CALON UPSR 2011

Majlis Rehda Imu & Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 pada 11 September yang lalu.

Majlis Redha Ilmu dan Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada Ahad, 11 September yang lalu. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi mendapatkan keredhaan guru-guru SKTP oleh pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September ini. Semoga dengan keredhaan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru SKTP kepada pelajar ini selama 6 tahun berada di SKTP dapat memberikan suntikan semangat dan kekuatan untuk berjuang untuk mendapatkan kejayaan yang gemilang semasa peperiksaan UPSR nanti.

Kepada Pelajar Tahun 6 yang juga Calon UPSR 2011 : TERUSKAN USAHA ANDA, KAMI PERCAYA ANDA DAPAT LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MENCAPAI SASARAN 5A DALAM DIRI ANDA. JANGAN SESEKALI GIVE UP. 5A PASTI DALAM GENGGAMAN.
U R SIMPLY da BEST!!!

8 Sept 2011

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2011

Majlis Solat Hajat Perdana untuk UPSR 2011 diadakan pada 8 September 2011 (Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau SKTP. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah diikuti dengan solat sunat hajat dua rakaat. Selepas itu bacaan Surah Yasin dibacakan oleh setiap jemaah yang terdiri daripada ibubapa, pelajar tahun enam, guru-guru serta kakitangan sekolah. Solat maghrib, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin diketuai oleh Ustaz Abdul Majid Toha. Selepas itu ucapan ringkas oleh Tuan Guru Besar. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Hj Mazlam Muda, Guru Penolong Kanan 1. Para hadhirin dijamukan dengan nasi dagang sebelum pulang.

Antara intipati ucapan Guru Besar, beliau memberi beberapa tip sebagai persiapan untuk ibubapa. Antaranya ialah :-
  • Jaga keselamatan dan kesihatan anak-anak.
  • Jaga permakanan anak-anak.
  • Adalah lebih baik jika ibubapa berpuasa sunat pada hari peperiksaan.
  • Kalau ada kesempatan ambil cuti untuk menemani anak di hari peperiksaan.
  • Pastikan kemahuan anak dituruti selagi ianya perkara yang baik.
  • Pastikan segala alat tulis anak mencukupi.

Semoga dengan solat hajat ini dapat memberi ketenangan kepada calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan, seterusnya dapat memberi keputusan yang baik dan sentiasa mendapat keredhaan dunia dan akhirat. Kebetulan pada malam tersebut hujan rahmat telah turun mengiringi solat hajat yang IsyaAllah sebagai satu petanda kerahmatan Allah. Barakallah.

5 Sept 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTP berlangsung meriah pada 4 September lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, Cg. Abd. Manaf bin Hussain, ucapan guru besar, penyerahan & pengagihan kuih raya, dan sesi bergambar kelas-kelas dan guru-guru SKTP. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahari.

SELAMAT DATANG GURU PELATIH PISMP SEMESTER 2.

Selamat datang diucapkan kepada guru-guru pelatih yang akan menjalani latihan praktikum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermula pada 4 hingga 8 September 2011. Mereka ialah :-
  1. Cg. Khazwan Ariff bin Khazan (PISMP MT/PJ/BI Sem. 2) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  2. Cg. Muhammad Syamir bin Harun (PISMP MT/PJ/BI Sem. 2 ) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  3. Cg. Farhana binti Zawawi (PISMP TESL Sem. 2) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  4. Cg. Siti Shahira binti Yong (PISMP PI Semester 2) IPG Kampus Kota Bharu.

LATIHAN PASUKAN ELIT KAWAD KAKI SEKOLAH KE PERINGKAT NEGERI

Latihan Pasukan Kawad Kaki Sekolah pada hari ini bersambung kembali setelah berehat panjang di bulan ramadhan yang lalu. Latihan ini merupakan persiapan terakhir sebelum bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Peringkat Negeri yang dijangka akan berlangsung selepas Peperiksaan UPSR nanti.

Terdahulu, Pasukan Elit Kawad Kaki Sekolah yang telah ditubuhkan buat pertama kali pada tahun ini dan merupakan penyertaan kali pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kulala Terengganu telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada 14-16 Julai 2011 yang lalu di SM Teknik Kuala Terengganu. Kejayaan ini telah melayakkan Pasukan Sekolah secara automatik bertanding di peringkat Negeri Terengganu bagi mewakili Daerah Kuala Terengganu Utara.


PROGRAM PENGISIAN 1M 1S SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2011.

Satu taklimat kepada Setiausaha Sukan Sekolah akan di adakan seperti berikut :-

Tarikh : 5 SEPTEMBER 2011(ISNIN)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan SK Sultan Sulaiman 2.

Pihak sekolah diminta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memenuhi program 1M 1S tersebut. Aktiviti tersebut akan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST). Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSD KTS) dan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) sepanjang bulan September, Oktober dan November nanti. Pihak sekolah dikehendaki membuat persiapan dalam bahagian permainan yang disertai. SKTP akan mengambil bahagian dalam 1 KEM 1M1S, Karnival permainan, Bola baling(L/P),Bola Tampar(L/P),Bola Sepak(L), Bola Jaring(P),Hoki(L) Program TID. Pihak sekolah menyahut dan mendokong sepenuh niat murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kadar kemampuan yang pihak sekolah miliki. Dengan sokongan pihak Pentadbir terutama GPK-KO dan komitmen guru-guru diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi murid sekolah kita.

3 Sept 2011

UPSR 2011 : "5A DALAM JANGKAUAN"


Calon UPSR 2011 bergambar bersama-sama guru besar dan guru-guru tahun 6 pada 25 Ogos yang lalu.