Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

26 May 2012

JAMUAN PERTUKARAN GURU SKTP 2012




KUALA TERENGGANU - Jamuan pertukaran guru SKTP telah berlangsung pada 23 Mei 2012 yang lalu bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Majlis ini bagi meraikan pertukaran dua orang guru yang bertukar iaitu Pn. Norhazlina bt. Ahmad (SK Kompleks Seberang Takir) dan Pn. Mek Wok bt. Ahmad (SK Undang). Selamat berkhidmat di tempat baru dan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang kalian semasa berkhidmat di SKTP.

20 May 2012

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2012




KUALA TERENGGANU -  Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah  telah diraikan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Seperti kebiasaannya, majlis sambutan ini dijalankan bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang tidak mengira masa dan tidak mengenal penat lelah mencurahkan ilmu kepada murid-muridnya untuk berjaya pada suatu hari nanti. Pada tahun ini, majlis sambutan ini diraikan serentak dengan Majlis Perasmian Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Majlis sambutan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah, En. Hamid bin Yahya, Penolong Pengarah, Tugas Khas/SBP/Kluster/Elit, SPS, JPNT.

7 May 2012

PERKHEMAHAN PERDANA SKTP KALI KE-12 TAHUN 2012




KUALA TERENGGANU - Perkhemahan Perdana SK Telok Pasu Kali Ke-12 telah berlangsung pada 3 - 5 Mei 2012 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini telah disertai oleh kesemua unit beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, Puteri Tunas dan TKRS seramai 169 orang. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ini adalah blindfold trail, membina istana pasir, aktiviti stesen, sukaneka, malam kebudayaan dan pertandingan memasak. Keseluruhannya, peserta perkhemahan dapat menimba banyak pengalaman baru terutamanya dalam membentuk disiplin diri, semangat dan kerjasama berpasukan serta menepati masa. Perkhemahan berakhir dengan perasmian penutup yang disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum, En. Che Mohd bin Abd. Rahman.

6 May 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2012



KUALA TERENGGANU - Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung pada 2 Mei yang lalu bertempat di SM Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Pasukan sekolah kita juga turut menyertai pertandingan tersebut. Pada kali ini, pasukan sekolah kita "turun" untuk mempertahankan kejuaraan yang telah disandang pada tahun lalu sebagai johan bagi kategori Daerah Kuala Terengganu Utara, KT(U). Walaupun keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Pertandingan  Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah yang dijangka akan dijalankan pada bulan Jun, diharapkan kejuaraan tersebut sekali lagi menjadi milik kita.....