Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

24 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015






19 May 2015

14 May 2015

13 May 2015

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG & SUKANEKA


Tarikh 6 Mei merupakan hari istimewa buat seluruh warga SKTP dimana berlangsungnya Hari Sukan peringkat sekolah 2015. Program tersebut bermula seawal 8 pagi di padang sekolah. Guru-guru dan murid dikehendaki berkumpul di khemah mengikut rumah sukan masing-masing. Terdapat empat rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Program dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En. Mat Saat. Acara dimulai dengan perbarisan oleh setiap rumah sukan diikuti oleh sukaneka oleh murid Pra-Sekolah dan murid Tahap 1. Kemudian diikuti pula oleh acara  olahraga bagi murid Tahap 2. Terdapat juga acara tarik tali antara rumah dan acara ibu bapa bersama guru. Acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Hijau yang bertemakan askar. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, tempat kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan akhir sekali Rumah Kuning. Olahragawan dan olahragawati bagi tahun ini disandang oleh murid dari Rumah Biru, Najwan dan Najihah. Program ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua warga SK Telok Pasu yang terlibat. 



Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah


Wednesday is an English Day

Mulai 22 April 2015 Sekolah Kebangsaan Telok Pasu telah mengadakan Hari Bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. Pada hari tersebut beberapa program berasaskan Bahasa Inggeris anjuran guru-guru panitia Bahasa Inggeris telah dijalankan. Antaranya adalah ‘Spelling Bee’ oleh wakil bagi setiap kelas (Tahun 1 hingga Tahun 6), ‘Storytelling’ oleh Pn Siti Hajar dan persembahan murid. Semua guru dan murid terlibat dalam program ini. Program ini bermula pada 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Oleh yang demikian, pada setiap hari Rabu, warga SK Telok Pasu digalakkan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah