KUALA NERUS - Pengawas dan pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pasu diharap mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan dedikasi.
Guru besarnya, Ramli Rani berkata, pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan perlu mengamalkan tingkah laku positif serta mengekalkan budaya dan disiplin yang baik sepanjang masa.
Menurutnya, pelajar yang telah dilantik adalah mereka yang terpilih ddan seharusnya menjadi contoh kepada rakan lain.
"Tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin."
"Sebelum mendisiplinkan orang lain, mereka sendiri terlebih dahulu perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diikuti rakan lain," katanya.
Beliau berkata sedemikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan di dewan sekolah itu.
Menurutnya, tiga kriteria utama pemilihan dan perlantikan pengawas termasuk prestasi akademik tinggi, sahsiah diri baik dan mempunyai ketrampilan diri, amanah serta bertanggungjawab.
Seramai 45 pengawas sekolah dan 60 pengawas perpustakaan sekolah menerima watikah masing-masing.
Watikah penyerahan disampaikan Pegawai Perhubungan Sekolah, Lans Koperal Ibrahim Mohamad dari Balai Polis Manir. Ketua pengawas lelaki, Che Mohd Ammar Fikri Mohd Hanafi, 12, berkata, perlantikan sebagai pengawas bukan semata-mata kerana jawatan, tetapi perlu menjalankan tugas yang diberikan.
"Saya berharap, pengawas yang dilantik dapat tunaikan tanggungjawab bagi sama-sama mendisiplinkan rakan lain," katanya.
0 ulasan:
Post a Comment