16 Nov 2011
MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012.
Pihak sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Pemberian Bantuan Khas Persekolahan dengan jayanya pada 15November 2011 bersamaan hari Selasa.Majlis bermula pada pukul 8.30 sehingga 1.30 Tengahari.Semua pihak telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan majlis tersebut.Sehubungan dengan itu,ADUN TELOK PASU Dato' Rahin b Dato' Mohd Said Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut diisamping wakil dari PPD dan Wakil YDP PIBG Tuan Haji Shafeii Chik.Kaum ibu merupakan majoriti dalam majlis tersebut.Kepada murid yang berjaya diucapkan tahniah dan yang kurang berjaya berharap berusaha lagi.
MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SK TELOK PASU 21200.
Buat julung-julung kalinya, PRA SKTP telah berjaya mengadakan MAJLIS GRADUASI 2011.Majlis telah berjalan dengan lancar an jayanya.Tahniah diucapkan kepada Cg Afzainizam b Abdul Latiff@ Mr. Farid Kamil,Cg Ramlah bt Endut,pembantu pra Pn. Norliza bt Mamat dan Pn Nik Nor Akmal bt Nik Mustaffa dengan usaha yang gigih dan tidak mengerti erti penat lelah.Pelbagai persembahan telah diadakan pada hari tersebut untuk tatapan para jemputan.Majlis Graduasi diadakan seperti maklumat dibawah:-
TEMPAT :DEWAN MURABBI
MASA : 9.00 PAGI
PERASMIAN: TUAN GURU BESAR SKTP.
TEMPAT :DEWAN MURABBI
MASA : 9.00 PAGI
PERASMIAN: TUAN GURU BESAR SKTP.
2 Nov 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011.
Sekolah Kebangsaan Telok Pasu,telah mengadakan peperiksaan akhir tahun seperti maklumat tertera dibawah.
TARIKH :31.OKTOBER 2011 HINGGA 3. NOVEMBER 2011.
HARI : AHAD, ISNIN, SELASA, RABU DAN KHAMIS.
Peperiksaan kali ini dibawah Tuan Guru Besar yang baru yang mengantikan Cg. Ramli Rani yang telah bertukar ke SK Bukit Tok Beng.Tuan guru besar yang baru SKTP bernama En.Omar Bin Muda dari SK Seberang Takir.Pihak sek0olah mengharapkan murid-murid dapat ,menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan sempurna.Bagi muri tahun 1 hingga 5 ia menjadi "indicator" untuk kemasukkan ke kelas yang lebih baik.Sementara itu pula, bagi murid tahun 6 ia memberi peluang untuk kemasukkan ke kelas/aliran yang lebih baik untuk sekolah menengah harian biasa.Markah hendaklah di "KEY-IN" pada atau sebelum 9 NOVEMBER 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)