Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

2 Nov 2012

SELAMAT DATANG 1BESTARINET & FROG-VLE.


Sejajar dengan matlamat kerajaan untuk membangunkan modal insan dan penggunaan Internet, kerajaan telah melancarkan Projek 1BestariNet, yang merupakan inisiatif  Kementerian  Pelajaran  Malaysia dalam menerajui transformasi pendidikan dengan menyediakan teknologi pembelajaran terbaik kepada semua sekolah di Malaysia.
Pihak YTL Communications telah diberi amanah oleh pihak kerajaan untuk merealisasikan Visi 1BestariNet untuk menjana perubahan dalam platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara kawasan bandar dan luar bandar.
Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas tentang projek 1BestariNet:

Di bawah projek 1BestariNet, 10,000 buah sekolah akan dilengkapi dengan perkhidmatan Internet jalur lebar tanpa  wayar  (wireless broadband) berkelajuan tinggi iaitu Yes 4G, dan sebuah Persekitaran Pembelajaran Maya iaitu frog Virtual Learning Environment (VLE) untuk pengajaran dan pembelajaran tanpa batasan.
Kebanyakan generasi muda hari ini amat arif dalam penggunaan Internet dan banyak masa diluangkan dengan penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, MySpace dan YouTube. Budaya dan cara mereka memproses  maklumat sering berubah dan guru perlu mengambil langkah seiring dengan perubahan ini. Inilah masanya untuk kita sebagai guru membabitkan diri dalam dunia pelajar melalui frog VLE. Melalui projek 1BestariNet ini, cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran pasti akan berubah, sekaligus meningkatkan minat belajar dalam  kalangan generasi muda ini.
Dalam dunia yang penuh dengan teknologi, pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terhad kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kehadiran frog VLE dapat membantu guru-guru berkomunikasi dan berinteraksi dengan para pelajar dengan lebih berkesan bukan sahaja di dalam kelas, malah di mana sahaja mereka berada. Apa yang diperlukan hanyalah sebuah komputer, pelayar (browser), dan sambungan Internet. Menerusi projek 1BestariNet ini, setiap guru akan diberi satu ID Pengguna yang unik dan pelbagai fungsi. Para guru boleh menggunakannya untuk:
  • Mengakses platform frog VLE
  • Mengakses emel peribadi Yes
  • Mengakses semua enjin maya pendidikan yang dijana oleh Google yang bertaraf antarabangsa seperti Khan Academy dan YouTube Education.
Dengan ini, setiap guru dan pelajar akan mempunyai akses kepada pendidikan bertaraf dunia yang boleh dicapai di dalam dan di luar sekolah pada bila-bila masa, di mana jua.
Saksikan video di bawah untuk gambaran ringkas:


APAKAH FROG VLE?

FROG
Frog adalah VLE yang dipilih bagi projek 1BestariNet. Frog mempunyai fungsi sebagai komuniti pembelajaran bagi seluruh warga sekolah.
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog, atau lebih dikenali sebagai VLE ialah satu sistem pembelajaran berdasarkan jaringan yang menyerupai pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya.  Sebagai contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan serta menyemak markah menerusi Frog VLE.

Para guru dan pelajar boleh mengakses berita sekolah dan dokumen pentingyang telah dikemaskinikan oleh pentadbir sekolah. Menerusi Frog VLE dan sambungan internet 4G, pendidikan boleh dilaksanakan di mana jua, pada bila-bila masa melalui Frog VLE yang berasaskan cloud. Dengan ini, pembelajaran boleh dilaksanakan di mana-mana: di sekolah ataupun di rumah, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
Bayangkan VLE sebagai Intranet, bilik darjah online dan ruang sosial di sekolah, di bawah satu bumbung. Persekitaran Pembelajaran Virtual (VLE) adalah sistem pembelajaran berteras laman web yang menyerupai pendidikan dunia realiti dengan menyatukan konsep virtual dalam pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh mengajar, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara virtual manakala pelajar boleh menghantar kerja sekolah dan melihat markah melalui VLE. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan guru-guru, dan pihak sekolah boleh mengemas kini kalendar aktiviti sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. VLE boleh diakses pada bila-bila masa, di mana saja adanya capaian Internet.

26 May 2012

JAMUAN PERTUKARAN GURU SKTP 2012




KUALA TERENGGANU - Jamuan pertukaran guru SKTP telah berlangsung pada 23 Mei 2012 yang lalu bertempat di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu. Majlis ini bagi meraikan pertukaran dua orang guru yang bertukar iaitu Pn. Norhazlina bt. Ahmad (SK Kompleks Seberang Takir) dan Pn. Mek Wok bt. Ahmad (SK Undang). Selamat berkhidmat di tempat baru dan terima kasih di atas sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang kalian semasa berkhidmat di SKTP.

20 May 2012

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2012




KUALA TERENGGANU -  Sambutan Perayaan Hari Guru 2012 Peringkat Sekolah  telah diraikan pada 16 Mei 2012 yang lalu. Seperti kebiasaannya, majlis sambutan ini dijalankan bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang tidak mengira masa dan tidak mengenal penat lelah mencurahkan ilmu kepada murid-muridnya untuk berjaya pada suatu hari nanti. Pada tahun ini, majlis sambutan ini diraikan serentak dengan Majlis Perasmian Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012 yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Majlis sambutan ini juga turut diserikan dengan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah, En. Hamid bin Yahya, Penolong Pengarah, Tugas Khas/SBP/Kluster/Elit, SPS, JPNT.

7 May 2012

PERKHEMAHAN PERDANA SKTP KALI KE-12 TAHUN 2012




KUALA TERENGGANU - Perkhemahan Perdana SK Telok Pasu Kali Ke-12 telah berlangsung pada 3 - 5 Mei 2012 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini telah disertai oleh kesemua unit beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, Puteri Tunas dan TKRS seramai 169 orang. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ini adalah blindfold trail, membina istana pasir, aktiviti stesen, sukaneka, malam kebudayaan dan pertandingan memasak. Keseluruhannya, peserta perkhemahan dapat menimba banyak pengalaman baru terutamanya dalam membentuk disiplin diri, semangat dan kerjasama berpasukan serta menepati masa. Perkhemahan berakhir dengan perasmian penutup yang disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum, En. Che Mohd bin Abd. Rahman.

6 May 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI BADAN BERUNIFORM SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2012



KUALA TERENGGANU - Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Rendah Daerah Kuala Terengganu telah berlangsung pada 2 Mei yang lalu bertempat di SM Teknik, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. Pasukan sekolah kita juga turut menyertai pertandingan tersebut. Pada kali ini, pasukan sekolah kita "turun" untuk mempertahankan kejuaraan yang telah disandang pada tahun lalu sebagai johan bagi kategori Daerah Kuala Terengganu Utara, KT(U). Walaupun keputusan pertandingan akan diumumkan semasa Pertandingan  Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah yang dijangka akan dijalankan pada bulan Jun, diharapkan kejuaraan tersebut sekali lagi menjadi milik kita..... 

18 Apr 2012

MAJLIS PELANCARAN KONSEP GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH.

KUALA TERENGGANU - Majlis Pelancaran Konsep Guru penyayang Peringkat Sekolah telah diadakan pada 15 April lalu telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mazlam bin Muda yang mewakili Guru Besar. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan dan lagu sekolah. Majlis berakhir pada jam 10.00 pagi.