Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

16 Nov 2011

MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN PEMBERIAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012.

Pihak sekolah telah berjaya mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan dan Pemberian Bantuan Khas Persekolahan dengan jayanya pada 15November 2011 bersamaan hari Selasa.Majlis bermula pada pukul 8.30 sehingga 1.30 Tengahari.Semua pihak telah memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan majlis tersebut.Sehubungan dengan itu,ADUN TELOK PASU Dato' Rahin b Dato' Mohd Said  Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,Kebudayaan,Kesenian dan Warisan Negeri Terengganu telah dijemput untuk merasmikan majlis tersebut diisamping wakil dari PPD dan Wakil YDP PIBG Tuan Haji Shafeii Chik.Kaum ibu merupakan majoriti dalam majlis tersebut.Kepada murid yang berjaya diucapkan tahniah dan yang kurang berjaya berharap berusaha lagi.

MAJLIS GRADUASI PRASEKOLAH SK TELOK PASU 21200.

Buat julung-julung kalinya, PRA SKTP telah berjaya mengadakan MAJLIS GRADUASI 2011.Majlis telah berjalan dengan lancar an jayanya.Tahniah diucapkan kepada Cg Afzainizam b Abdul Latiff@ Mr. Farid Kamil,Cg Ramlah bt Endut,pembantu pra Pn. Norliza bt Mamat dan Pn Nik Nor Akmal bt  Nik Mustaffa dengan usaha yang gigih dan tidak mengerti erti penat lelah.Pelbagai persembahan telah diadakan pada hari tersebut untuk tatapan para jemputan.Majlis Graduasi diadakan seperti maklumat dibawah:-

TEMPAT     :DEWAN MURABBI

MASA         : 9.00 PAGI

PERASMIAN: TUAN GURU BESAR SKTP.

2 Nov 2011

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011.

Sekolah Kebangsaan Telok Pasu,telah mengadakan peperiksaan akhir tahun seperti maklumat tertera dibawah.

TARIKH    :31.OKTOBER 2011 HINGGA 3. NOVEMBER 2011.

HARI         : AHAD, ISNIN, SELASA, RABU DAN KHAMIS.

Peperiksaan kali ini dibawah Tuan Guru Besar yang baru yang mengantikan Cg. Ramli Rani yang telah bertukar ke SK Bukit Tok Beng.Tuan guru besar yang baru SKTP bernama En.Omar Bin Muda dari SK Seberang Takir.Pihak sek0olah mengharapkan murid-murid dapat ,menjawab soalan peperiksaan dengan yakin dan sempurna.Bagi muri tahun 1 hingga 5 ia menjadi "indicator" untuk kemasukkan ke kelas yang lebih baik.Sementara itu pula, bagi murid tahun 6 ia memberi peluang untuk kemasukkan ke kelas/aliran yang lebih baik untuk sekolah menengah harian biasa.Markah hendaklah di "KEY-IN" pada  atau sebelum 9 NOVEMBER 2011.

30 Oct 2011

Majlis Khatam Al Quran Peringkat Parlimen Kuala Terengganu & Kuala Nerus

Seramai 162 orang murid SK Telok Pasu telah terpilih untuk menghadiri majlis Khatam Al Quran Yayasan Islam Terengganu yang telah diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu pada 29 Oktober 2011. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB Ustaz Khazan C Mat (Exco Agama & Penerangan) yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah YIT, diikuti dgn ucapan wakil JAKIM seterusnya ucapan perasmian oleh YB Exco. selepas itu majlis khatam al Quran bermula. Selesai majlis khatam al Quran, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada murid dan sekolah cemerlang. Majlis berakhir jam 12.30 tengahari

21 Oct 2011

OUR BELOVED HEADMASTER SKTP...

En. Ramli b Rani telah ditukarkan kesekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng oleh pihak Jabatan.Secara peribadi, walaupun baru 10 bulan bersama dengannya, banyak "perkara" telah berjaya dipelajari iaitu perkara yang "tersirat". Satu pesanan yang tidak boleh dilupakan ialah..Cg..kita bertugas mengikut rentak tari GB..inang,rap, zapin,dangdut.. walaupuan dalam hati kecil kita tidak bersetuju! Maknanya... Untuk memudahkan perjalanan pentadbiran dalam pada itu pandai-pandailah meluah pandangan dengan kata yang berlapik kemas dan mengandungi erti yang tersirat. Jangan ikut emosi dan tidak proffessional. Penulis mengibaratkan Tuan Guru Besar "seorang yang berjaya mencari sebatang jarum di Padang Pasir Sahara yang tandus". Berkat kesabarannya telah berjaya mengupgredkan UPSR SKTP 2010. Beliau tidak mempedulikan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan proffession perguruan, walaupun dalam hati kecilnya mungkin terdetik.. Menjadi sebagai asam garam menambahkan kematangan. Keperluan fasiologi mesti dipenuhi dahulu (keutamaan)..penuh dengan "timbang tara" dan "penelitian yang rapi" tapi setiap itu ada kekurangannya.... tapi di'cover' dengan perkara-perkara yang baik!itulah antara kelebihan-kelebihan Tuan Guru Besar SKTP 2009-2011.


Cantik Rupawan Puteri Sulaiman,
Wajahnya umpama bulan yang terang,
Segala kenangan simpan didalam,
Buat pendoman masa mendatang.

JEMPUTAN MENGHADIRI MAJLIS PENYAMPAIAN LAPTOP KEPADA GURU-GURU UPSR TERENGGANU DARUL IMAN 2011.

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman akan mengadakan program di atas sebagai PENGHARGAAN kepada guru-guru tersebut yang telah banyak membantu PRESTASI KECEMERLANGAN UPSR SETIAP tahun. YAB MENTERI BESAR TERENGGANU DARUL IMAN Dato' Seri Haji Ahmad bin Said akan menyumbang laptop kepada setiap guru UPSR 2011. Majlis tersebut akan diadakan sepertimana perincian yang berikut :-

TARIKH : 22 OKTOBER 2011

MASA : 8.30 PAGI

TEMPAT :DEWAN BESAR, WISMA DARUL IMAN, KUALA TERENGGANU,TERENGGANU.

PAKAIAN : BATIK

Kepada Pendeta-pendeta guru SKTP 2011, pihak sekolah mengucapkan TAHNIAH di atas berjaya mendapatkan laptop tersebut.Berikut senarai pendeta guru SKTP:-

1.KAMARUDIN B. ABD. KADIR ( 6A-SCIENCE)
2.MOHD ZAKI B. SULAIMAN (6A-M3)
3.NOR ASIKIN BT MOHD SHAFEI (6B-BM)
4.NORIZA BT MAMAT (6B-SCIENCE)
5.NUURMAIZATUL AFZAN BT MOHD HANIF (6J-B.I)
6.ROZITA BT ABDULLAH (6B-B.I)
7.YM. TENGKU AZNURIAH BT TENGKU AZIZ. (6B-M3)
* Tahniah rakan seperjuangan khasnya kepada Surahaya bt Ismail-TEAM SKDM.

Penulis mengucapkan kesyukuran kehadrat illahi dengan rezeki kurniaan ini.Semoga pada masa yang mendatang kerajaan akan kekal sifat bermurah hati dan mempertingkatkan lagi sifat tersebut.


Putera Sulaiman memerintah Inderagiri,
Permaisuri 1 anggun ayu berseri-seri,
Terima kasih kerajaan negeri bersifat murah hati,
Semoga masa hadapan akan diperluaskan lagi.


18 Oct 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR GURU-GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM KE KEDAH DARUL AMAN.

Majlis Pemaufakatan Guru-guru Penolong Kanan Ko-kurikulum(KTU) telah bersetuju untuk mengadakan LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KEDAH DARUL AMAN sebagaimana berikut:-

Tarikh :22 hingga 25 Oktober 2011.

Hari :Sabtu hingga Selasa.

Venue :BTPN Kedah,Sekolah Terbaik pengurusan kokurikulum,Bukit Kayu Hitam dan
PKG Pengkalan Hulu,Perak Darul Ridzwan.



Ia bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meningkatkan mutu kerja.


PASCA UPSR:PUPIL'S COOKING.

MENU : SPAGHETTI PAPPAMIA.

VENUE : SKTP HALL'S

TIME : 11.00-UNTIL FINISHED

DAY : ON TUESDAY

CO-ORDINATOR: MDM. NORIZA MAMAT

CHEFF : MR. DEAN QADR.

ASS/CHEFF : YM SYED MUHAMMAD SYAFIQ B. SYED MOHAMMAD

MONITOR : MR. AFIQ NAQIUDDIN B KAMAL.

MEMBER'S : 15.


WE ALSO CAN COOK'S...DELICIOUS..YUMMY..AND SO ON..THAN GIRL'S..

17 Oct 2011

AKTIVITI PROGRAM PASCA UPSR 2011.

Program Pasca UPSR 2011 telah dirancang oleh JAWATANKUASA UPSR 2011 yang diketuai oleh Pn. Noriza bt Mamat di bawah pengawasan Guru Penolong Kanan 1, Tn. Hj Mazlam b Muda. Program tersebut didokong bersama-sama dengan AJK yang lain.

AKTIVITI :-
1. Gotong-royong membersihkan kelas peperiksaan dan Bilik Khas.
2. Kelas PROTIM tahun 6
3. Taklimat ke SEKOLAH MENENGAH,SBP
4. Tayangan Video
5. Kebun Hijau(Serai,Ubi Kayu,Tebu dan Lada Jarum)
6. Perkhemahan Tahunan
7. Membersihkan Khemah
8. Lawatan Bermaklumat ke Langkawi dan Perlis.
9. Program Amali Solat Jamak dan Qasar.
10.Program Rehat Minda
11.Pameran dan Ceramah oleh AADK.
12.Permainan Futsa l (Lelaki) dan Bola Tampar (Perempuan).
13.Latihan permainan ( 1 minggu)
14.Pertandingan Permainan ( 1 minggu)
15.Ceramah Awal Remaja-En Taha b. Salhi (JPN-Unit Kaunseling).
16.Ceramah Pencegahan Jenayah oleh En. Mohamad Nawi b. Mustaffa.
17.Permainan Dalaman.
18.Bengkel Kemahiran Hidup (Masakan).
(L): Spaghetti Papamia@Jemput Sedap.
(P): Lempeng nyior
19.Hari ko kurikulum 2011.
20.Pameran dan Kesedaran Jalan Raya.
21.LASBELA-GAMBANG WATER PARK
22.Kem Bestari Solat dan Khatam Al Quraan.
23.Ceramah ke sekolah Menengah (FEEDER SCHOOL).
24.Demonstrasi dan Pameran Bomba Negeri.
25.Jamuan Akhir Tahun.
26.Hari Anugerah Kecemerlangan 2011.

Guru-guru yang terlibat aialah guru-guru yang mengajar tahun 6 dan dibahagikan mengikut aktiviti yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa UPSR. Program ini dipantau dari semasa ke semasa oleh Tuan Hj. Mazlam b. Muda Guru Penolong kanan 1 SKTP. Program ini bermula pada 18 September hingga 17 Oktober 2011.

PEMILIHAN PEMAIN PROGRAM PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA KATEGORI UMUR 12 TAHUN.

Seramai 3 orang murid Sek. Keb. Telok Pasu telah terlibat dalam acara pemilihan tersebut. Majlis Sukan Negara dengan kerjasama PPD Kuala Terengganu telah mengadakan pemilihan tersebut. Ia bertujuan mencungkil bakat pemain bolasepak untuk mewakili Negara pada masa akan datang. Ia telah diadakan pada maklumat seperti berikut :-

Tarikh : 23 dan 24 SEPTEMBER 2011 (JUMAAT)

Masa : 8.00 - 11.00 pagi

Tempat : Padang Kompleks Sukan Gong Badak.

Tiga orang murid SKTP yang terlibat ialah :-

1. Che Ammar Fikhri b. Che Mohd.
2. Fakhrul Izzad b Mohd Zamri.
3. Izzat Naqiudin b Zulkarnain.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah merasa amat bangga dengan pencapaian tersebut. Ia julung-julung kali melibat murid SKTP. Suatu sejarah telah tercipta. Pemain telah diiringi oleh Jurulatih SKTP En. Ibrahim dan Cg. Kamarudin.

16 Oct 2011

LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI DAN PERLIS

Seramai 37 orang murid SKTP yang terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 telah menyertai rombongan LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI DAN PERLIS pada 27 September hingga 30 September 2011. Rombongan tersebut diiringi oleh 7 orang guru pengiring, iaitu 4 guru lelaki dan 3 guru perempuan. Peserta rombongan telah bertolak pada jam 10.15 malam dengan menaiki bas Tuan Haji Zul. Pemandu yang cekap lagi berhemah ialah En. Pozi dan En.Azhar. Pserta rombongan telah berhenti berehat sekejap di Masjid Hadhari Setiu. Sungguh gah pemandangan pada waktu malam. Ahli rombongan telah solat subuh di salah sebuah masjid di negeri Kedah Darul Aman (dok ingat nama!) Para peserta rombongan selamat tiba di JETI KUAH PERLIS pada pukul 8.15 pagi dam menaiki feri pada pukul 8.45 pagi. Kami para peserta rombongan teruja dengan pemandangan di sepanjang perjalanan. Bas telah bersedia menunggu kedatangan kami. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, kami dibawa ke tempat Perusahaan Gamat yang terkenal Warisan Sireh Lagenda dan tempat jualan pakaian batek. Ahli rombongan mengambil kesempatan membeli-belah di samping mendengar penerangan dari pihak berkenaan. Murid-murid terutamanya telah mendapat input yang berguna dalam sesi tersebut. Setelah berpenat lelah, kami dibawa ke tempat penginapan.. selesa.... bersih.... Acara seterusnya mengikut dalam perancangan yang telah ditetapkan. Dalam acara bebas, penulis telah membawa para peserta rombongan lelaki "WALK-WALK EAT AIR" disekitar Pekan Kuah dengan berjalan kaki. Beli sakan anak murid semua dengan memenuhi pesanan kedua orang tua. Pada keesokkan paginya para peserta rombongan telah dibawa ke SUNGAI KILIM (TAPAK WARISAN UNESCO). Kami dibawa menaiki bot laju, melihat fenomena spesis burung helang makan diair dan melawat GUA KELAWAR. Telah berlaku stu peristiwa yang manis di situ, di mana penulis telah berjaya bergambar dengan sepasang suami isteri pelancong dari daerah HOM'S, SYRIA. Kami mula bertolak ke MAKAM MAHSURI DAN KERETA KABEL GUNUNG MACHICANG. Para peserta kelihatan gembira bercampur baur perasaan berdebar-debar. Kami menikmati makan tengahari berhampiran dengan tempat Pengkalan Perahu Layar sambil melihat pemandangan yang mengasyikkan. Pujian boleh diberikan kepada para peserta rombongan kerana tahap disiplin yang tinggi dan berjaya mempraktikkan solat jamak. Acara bebas penuh dengan membeli belah di kalangan murid-murid, lebih-lebih lagi para guru. Roti Canai di situ memang power..campur ngan perut lapar. Setelah bermalam selama 2 malam, para peserta rombongan menuju ke Gua Kelam setelah ''check-out" dengan susah payah ngan barang-barang kepunyaan masing-masing. Terasa tegang segala urat saraf. Rombongan telah bertolak ke Grik dalam perjalanan pulang singgah sebentar solat dan makan malam di situ. Penulis telah tersasul dengan meminta "AIS BATU PENG SER" Drebar pakat senyum... 4.30 pagi ..Alhamdulillah....selamat tiba diperkarangan SKTP. Penulis rasa amat bertuah dapat menyertai rombongan ini, walaupun letih....demi murid.. Hati rasa gembira melihat rumah tangga..anak-anak..lebih-lebih...lagi.... Semoga berjumpa lagi di tahun yang mendatang.

13 Oct 2011

PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM SKTP 2011.

Pada 22 hingga 25 September 2011, Perkhemahan Badan Unit Beruniform telah diadakan di padang MINI SKTP dengan jayanya. Badan Unit Beruniform yang terlibat ialah Pengakap, PBSM, Tunas Puteri  dan TKRS. Seramai 174 orang murid telah mengambil bahagian. Majoriti murid yang menyertai ialah murid tahun 6 dan ada juga murid tahun 5. Pelbagai aktiviti telah diadakan, umpamanya "Blind Walk", "Persembahan Malam Kebudayaan dan Pertandingan Hiasan Masakan / Minuman Petang. Berdasarkan pengamatan para guru yang bertugas, 95% objektif perkhemahan telah dicapai. Masalah cuaca sahaja yang menganggu gugat pencapaian yang sepatutnya. Program tersebut telah dirangka dengan khususnya oleh Jawatankuasa Perkhemahan yang di ketuai oleh En. Che Mohd Abd Rahman, GPK-KO SKTP. Komitmen AJK adalah amat memuaskan walaupun terdapat ruang yang masih boleh dipertingkatkan lagi. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan Tuan Guru Besar SKTP.

TAEKWANDO SKTP 2011

Pada tanggal 11.09.2011 bermula era baru SKTP buat julung-julung kalinya pihak yang berkenaan telah datang ke sekolah untuk membuat demonstrasi Taekwando dan seterusnya meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk menubuhkan Kelab Taekwando. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Murid tahun 3 hingga tahun 6 telah menyertai kelab tersebut. Sesi latihan diadakan di dewan sekolah pada setiap hari Isnin. Komitmen para ibu bapa juga amat menggalakkan. Pihak sekolah berharap agar murid-murid yang menyertai kelab ini, dapat menambahkan disiplin diri disamping untuk menjaga kesihatan. Akal yang cerdas berdasarkan tubuh yang cergas.

MENJELANG UPSR 2011.

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program dalam usaha untuk mencapai SASARAN SEKOLAH seramai 31 orang pada tahun 2011. Program tersebut telah dirangka oleh JAWATANKUASA UPSR 2011 dan diketuai oleh Tuan Haji Mazlam, Guru Penolong Kanan 1 SKTP. Di samping Tuan Guru Besar, beliau selaku GPK 1 yang banyak memberikan semangat dan tips kepada murid dan guru tahun 6 agar berusaha sedaya dengan kemampuan yang ada untuk mencapai target yang sekolah tetapkan. Di samping itu program pencapaian murid maksima C juga hendaklah dipertingkatkan lagi. Mengikut sumber yang boleh dipercayai. Insyallah SKTP UPSR 2011 pencapaian murid 5A melebihi 28 orang, walaupun pada peringkat awalnya seramai 15 orang sahaja katanya. Kain rentang direntang dan dibentangkan agar menjadi tatapan murid-murid agar sentiasa ingat akan hasrat sekolah dan para ibu bapa. "MAN JADDA WA JADA"

21 Sept 2011

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 5

Ceramah Motivasi Murid Tahun 5 telah berlangsung pada 20 September lalu di Dewan Sekolah. Program ceramah ini merupakan pra-persedian murid tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012 yang telah dihadiri seramai 88 orang murid tahun 5. Fasilitator undangan, En. Subhan b. Mahfoz dalam ceramah beliau mengingatkan murid tahun 5 agar melakukan sesuatu yang "luar biasa" dan menekankan perlunya mengenal personaliti diri untuk menjadi murid yang cemerlang. Ceramah berakhir pada jam 1:30 petang.

11 Sept 2011

MAJLIS REHDA ILMU CALON UPSR 2011

Majlis Rehda Imu & Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 pada 11 September yang lalu.

Majlis Redha Ilmu dan Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada Ahad, 11 September yang lalu. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi mendapatkan keredhaan guru-guru SKTP oleh pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September ini. Semoga dengan keredhaan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru SKTP kepada pelajar ini selama 6 tahun berada di SKTP dapat memberikan suntikan semangat dan kekuatan untuk berjuang untuk mendapatkan kejayaan yang gemilang semasa peperiksaan UPSR nanti.

Kepada Pelajar Tahun 6 yang juga Calon UPSR 2011 : TERUSKAN USAHA ANDA, KAMI PERCAYA ANDA DAPAT LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MENCAPAI SASARAN 5A DALAM DIRI ANDA. JANGAN SESEKALI GIVE UP. 5A PASTI DALAM GENGGAMAN.
U R SIMPLY da BEST!!!

8 Sept 2011

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2011

Majlis Solat Hajat Perdana untuk UPSR 2011 diadakan pada 8 September 2011 (Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau SKTP. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah diikuti dengan solat sunat hajat dua rakaat. Selepas itu bacaan Surah Yasin dibacakan oleh setiap jemaah yang terdiri daripada ibubapa, pelajar tahun enam, guru-guru serta kakitangan sekolah. Solat maghrib, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin diketuai oleh Ustaz Abdul Majid Toha. Selepas itu ucapan ringkas oleh Tuan Guru Besar. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Hj Mazlam Muda, Guru Penolong Kanan 1. Para hadhirin dijamukan dengan nasi dagang sebelum pulang.

Antara intipati ucapan Guru Besar, beliau memberi beberapa tip sebagai persiapan untuk ibubapa. Antaranya ialah :-
  • Jaga keselamatan dan kesihatan anak-anak.
  • Jaga permakanan anak-anak.
  • Adalah lebih baik jika ibubapa berpuasa sunat pada hari peperiksaan.
  • Kalau ada kesempatan ambil cuti untuk menemani anak di hari peperiksaan.
  • Pastikan kemahuan anak dituruti selagi ianya perkara yang baik.
  • Pastikan segala alat tulis anak mencukupi.

Semoga dengan solat hajat ini dapat memberi ketenangan kepada calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan, seterusnya dapat memberi keputusan yang baik dan sentiasa mendapat keredhaan dunia dan akhirat. Kebetulan pada malam tersebut hujan rahmat telah turun mengiringi solat hajat yang IsyaAllah sebagai satu petanda kerahmatan Allah. Barakallah.

5 Sept 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTP berlangsung meriah pada 4 September lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, Cg. Abd. Manaf bin Hussain, ucapan guru besar, penyerahan & pengagihan kuih raya, dan sesi bergambar kelas-kelas dan guru-guru SKTP. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahari.

SELAMAT DATANG GURU PELATIH PISMP SEMESTER 2.

Selamat datang diucapkan kepada guru-guru pelatih yang akan menjalani latihan praktikum Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang bermula pada 4 hingga 8 September 2011. Mereka ialah :-
  1. Cg. Khazwan Ariff bin Khazan (PISMP MT/PJ/BI Sem. 2) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  2. Cg. Muhammad Syamir bin Harun (PISMP MT/PJ/BI Sem. 2 ) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  3. Cg. Farhana binti Zawawi (PISMP TESL Sem. 2) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.
  4. Cg. Siti Shahira binti Yong (PISMP PI Semester 2) IPG Kampus Kota Bharu.

LATIHAN PASUKAN ELIT KAWAD KAKI SEKOLAH KE PERINGKAT NEGERI

Latihan Pasukan Kawad Kaki Sekolah pada hari ini bersambung kembali setelah berehat panjang di bulan ramadhan yang lalu. Latihan ini merupakan persiapan terakhir sebelum bertanding dalam Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform Peringkat Negeri yang dijangka akan berlangsung selepas Peperiksaan UPSR nanti.

Terdahulu, Pasukan Elit Kawad Kaki Sekolah yang telah ditubuhkan buat pertama kali pada tahun ini dan merupakan penyertaan kali pertama dalam Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Kulala Terengganu telah berjaya dinobatkan sebagai JOHAN dalam pertandingan tersebut yang telah berlangsung pada 14-16 Julai 2011 yang lalu di SM Teknik Kuala Terengganu. Kejayaan ini telah melayakkan Pasukan Sekolah secara automatik bertanding di peringkat Negeri Terengganu bagi mewakili Daerah Kuala Terengganu Utara.


PROGRAM PENGISIAN 1M 1S SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2011.

Satu taklimat kepada Setiausaha Sukan Sekolah akan di adakan seperti berikut :-

Tarikh : 5 SEPTEMBER 2011(ISNIN)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Dewan SK Sultan Sulaiman 2.

Pihak sekolah diminta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memenuhi program 1M 1S tersebut. Aktiviti tersebut akan dilaksanakan oleh Majlis Sukan Sekolah Terengganu (MSST). Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Selatan (MSSD KTS) dan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Terengganu Utara (MSSD KTU) sepanjang bulan September, Oktober dan November nanti. Pihak sekolah dikehendaki membuat persiapan dalam bahagian permainan yang disertai. SKTP akan mengambil bahagian dalam 1 KEM 1M1S, Karnival permainan, Bola baling(L/P),Bola Tampar(L/P),Bola Sepak(L), Bola Jaring(P),Hoki(L) Program TID. Pihak sekolah menyahut dan mendokong sepenuh niat murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kadar kemampuan yang pihak sekolah miliki. Dengan sokongan pihak Pentadbir terutama GPK-KO dan komitmen guru-guru diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi murid sekolah kita.

3 Sept 2011

UPSR 2011 : "5A DALAM JANGKAUAN"


Calon UPSR 2011 bergambar bersama-sama guru besar dan guru-guru tahun 6 pada 25 Ogos yang lalu.

24 Aug 2011

GURU PELATIH@SKTP 2011.

Guru-guru praktikum UNISZA

Guru-guru praktikum IPG KDRI

Seramai 7 orang guru pelatih telah datang ke SKTP untuk menjalani praktikum. Guru pelatih tersebut dari 2 institusi pengajian tinggi yang berbeza di Terengganu iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail( IPG KDRI) Batu Rakit, Kuala Terengganu dan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) Gong Badak, Kuala Terengganu. Seramai 3 pelatih "TEACHING PRACTICUM DIPLOMA TESL V" dari UniSZA dan 4 pelatih "PISMP SEMESTER 6 SAINS DAN MATEMATIK" dari IPG KDRI. Guru pelatih dari UniSZA menjalani praktikum bermula pada 19/06/2011 hingga 22/09/2011. Kumpulan guru pelatih ini berkesempatan untuk merasai suasana kemeriahan sambutan hari raya peringkat sekolah nanti.

Sementara itu guru pelatih dari IPG KDRI pula menjalani praktikum bermula pada 03/07/2011 hingga 25/08/2011. Pihak sekolah terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang mereka berikan sepanjang berada di SKTP walaupun tidak berkesempatan merasai suasana sambutan hari raya peringkat sekolah nanti.

Nama guru pelatih dari UniSZA :-
1. Norzulaikha Husna Binti Isa.
2. Nur Hasni Binti Mat Isa.
3. Siti Aisyah Binti Abdul Manan.

Nama guru pelatih dari IPG KDRI:-
1. Nurul Farihah Binti Lauji (Sains).
2. Laila Maisarah Binti Abdul Kadir (Sains).
3. Alina Binti Jamalukhair (Matematik).
4. Nurul Husna Binti Ahmad Basah (Matematik).

MAJLIS PEMUAFAKATAN PENINGKATAN UPSR 2011

Seramai 14 orang murid SK Telok Pasu yang mendapat 4A1B dan 3A2B dalam peperiksaan percubaaan UPSR telah dihantar oleh pihak sekolah ke Majlis Pemuafakatan Peningkatan UPSR 2011. Majlis yang dianjurkan oleh JPN Negeri Terengganu itu telah diadakan pada 24 Ogos 2011 di Dewan Abas SMKA Tok Jiring, Kuala Terengganu. Ucapautama majlis tersebut disampaikan oleh Tn. Hj Muhammad Tawan. TAHNIAH KEPADA MURID YANG TERPILIH.

23 Aug 2011

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 2011.

Minal Aidzin Wal Faidzin Salam Aidilfitri 1432H
TARIKH                       : 04.09.2011 (AHAD)
MASA                          : 8:30 PAGI - 11:00 PAGI
TEMPAT                      : KANTIN SEKOLAH & MAKMAL SAINS
PAKAIAN                     : LELAKI - BAJU MELAYU
                                     PEREMPUAN - BAJU KURUNG / KEBAYA NYONYA

ATURCARA MAJLIS :-

08:30 pg - Perhimpunan pagi
              - Nyanyian Negaraku, Selamat Sultan dan Lagu Sekolah.
              - Sesi bergambar guru-guru & murid-murid SKTP.
              - Penyerahan kuih raya.
              - Pengagihan semula kuih raya.
              - Jamuan.
11:00 pg - Majlis bersurai.

**********
*updated - Majlis Penyampaian Duit Raya & Pelancaran Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah pada 25.08.2011 (Khamis), jam 08:30 pagi di Dataran Perhimpunan SKTP - Admin.

22 Aug 2011

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN SKTP.


Bermula kelmarin, 21.8.2011 SKTP telah mula memasang bendera Malaysia sempena Bulan Kemerdekaan. Tema pada tahun ini ialah "1Malaysia : Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera". Adalah diharapkan kepada semua warga SKTP dapat menilai erti kemerdekaan dan menerapkan ke dalam kehidupan yang akan mendatang.

MUTIARA KATA PENCETUS MINDA


PESANAN IMAM AL-GHAZALI.
Sifat utama bagi seseorang pemimpin ialah baik hati.
Bencana akibat kebodohan ialah sebesar-besar musibah kepada masyarakat.
Seseorang itu tidak dikatakan terpelajar selagi belum tampak nyata ilmunya di kalangan kaumnya.
Apabila dasar suatu cita-cita mulia, perjalanannya menjadi sukar dan memerlukan pengorbanan yang banyak.
Sebutkan nama yang paling disukai, baik atau tidak.
Pujilah orang orang yang suka menerima pujian dengan perkara-perkara yang baik.
Barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya.
Ilmu itu iman dan amal itu pengikutnya.
Masuk ke dalam dunia itu mudah, tapi keluarnya amatlah sukar.
Tiada kemuliaan selain bagi siapa yang menghina diri dan tiada ketinggian selain siapa yang merendah diri.
  • Barang siapa yang menghabiskan waktu berjalan-jalan untuk mengumpulkan harta kerana takut miskin, maka itulah miskin.
  • Barang siapa yang memilih wanita dan anak-anaknya daripada apa yang ada di sisi Allah, nescaya ia rugi dan tertipu dengan kerugian yang besar.
  • Ketahuilah bahawa harta itu seperti ular, padanya ada racun dan padanya juga ada ubat. Faedahnya itu ialah ubatnya dan bahayanya ialan racun.
  • Ketahuilah bahawa taubat ialah ungkapan daripada tiga perkara yang tersusun tertib dan berurutan; ilmu, keadaan dan perbuatan. Ilmu merupakan penyebab daripada keadaan sedangkan keadaan penyebab bagi segala perbuatan.

5A'S IS OUR TARGET'S.


Kain rentang yang telah ditandatangani oleh calon UPSR
Jawatankuasa UPSR SKTP 2011 telah berjaya mencipta kain rentang yang ditandatangani oleh setiap calon UPSR 2011 SK. Kebangsaan Telok Pasu. Setiap calon telah membuat AKU JANJI bahawa dengan sedaya upaya akan berusaha mencapai hasrat sekolah, para guru dan hasrat murni ibubapa. Pihak sekolah mensasarkan bilangan 5A pada tahun ini ialah seramai 31 orang berbanding pada tahun lepas 2010 seramai 23 orang. Pada hemat para guru yang mengajar tahun 6 SKTP terdapat sebilangan calon lagi yang berpotensi untuk menyertai rakan-rakan mereka yang berupaya mendapat 5A. Pelbagai aktiviti dan perancangan telah diadakan oleh pihak sekolah terutamanya Jawatankuasa UPSR 2011 yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Mazlam b Muda. Semoga harapan dan hasrat murni pihak sekolah akan tercapai. INSYAALLAH.

21 Aug 2011

PROGRAM PENGISIAN 1M1S SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA TERENGGANU 2011.

Pihak sekolah telah diminta mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memenuhi program 1M1S. Aktiviti 1M1S dijangka akan bermula dari bulan September hingga bulan Oktober 2011. Antara permainan/aktiviti Pengisian Program 1M1S :-
  1. KEM 1M 1S           - 8 hingga 10 SEPT 2011(KTU)
  2. BOLA BALING      - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  3. BOLA TAMPAR    - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  4. BOLA SEPAK       - 11 HINGGA15 SEPT 2011
  5. BOLA JARING      -11 HINGGA15 SEPT 2011
  6. HOKI                     - 25 HINGGA 29 SEPT 2011
  7. PROGRAM TID OLAHRAGA      -  29 SEPT 2011
Pihak sekolah bercadang untuk menyertai permainan/aktiviti tersebut. Sehubungan dengan itu satu taklimat kepada Setiausaha Sukan akan diadakan seperti maklumat berikut :-
Tarikh     : 5 September 2011 (ISNIN)
Masa      : 2.00 petang
Tempat   : Dewan SK Sultan Sulaiman 2, K. Terengganu.
Setiausaha Sukan sekolah diminta hadir ke taklimat tersebut.

KELAB PENABUNG MUDA BSN

Dua orang murid SK Telok Pasu telah menerima cenderahati daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) kerana menyertai KELAB PENABUNG MUDA (KPM). Mereka ialah adik Muhammad Syafiq bin Mohd Saifulzaman (2 Jauhari) dan adik Nurul Izyan bt Zulkarnain (3 Jauhari). Adik Muhammad Syafiq telah membuat simpanan permulaan sebanyak RM300.00 dan mengekalkan simpanan tersebut sepanjang menjadi Ahli Kelab tersebut. Adik Muhammad Syafiq telah mendapat cenderahati berupa lambang 1 Malaysia dan T-Shirt Kelab Penabung Muda. Manakala, adik Nurul Izyan bt Zulkarnain (3 Jauhari) pula mendapat Kad Keahlian Kelab Penabung Muda (KPM).

Pihak sekolah berbesar hati dengan sikap yang ditunjukkan oleh dua orang murid tersebut dan berharap dapat menjadi contoh teladan kepada murid-murid yang lain. Penyampaian cenderahati dan kad keahlian telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar kepada kedua-dua murid tersebut.

18 Aug 2011

PROGRAM UPSR : PECUTAN KECEMERLANGAN SKTP 2011

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua guru di atas penglibatan dalam program kecemerlangan yang telah dan akan diadakan. Program yang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya ialah KEM MOTIVASI DAN KECEMERLANGAN UPSR 2011 di Anees Resort pada 17 hingga 19 Julai 2011 di Batu Rakit. Jumlah peserta 104 orang murid. Guru Pengiring seramai 8 orang. Pihak sekolah juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada guru yang terlibat dalam KEM TUTORIAL UPSR peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah berpusat di sekolah ini. Begitu juga guru yang terlibat dalam KEM AKADEMIK sebagai urusetia di SUMAI Apartment Hotel dan sebagai Fasilitator fasa 3 di Batu Buruk Beach Resort manakala fasa 4 di Anggulia Resort, Marang. Pada 27 Julai yang lalu juga telah diadakan "Program Release Tension". Murid-murid tahun 6 SKTP telah melakukan solat hajat di Masjid UNIsZA diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Norzaki b Ali. Para rombongan juga telah melawat ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Para rombongan telah mendapat info yang terkini daripada pegawai yang bertugas. Para ahli rombongan menjamu selera di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Program yang berlangsung ialah Teknik menjawab Soalan dan Solat Hajat Perdana.

PENGAUDITAN TERHADAP PENYATA DAN PENGURUSAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2010.

Pengauditan bagi 2010 yang disemak oleh Bahagian Audit Sekolah Terengganu, KPM telah selasai dijalankan. Pihak sekolah telah menerima sijil audit tanpa teguran (Pengurusan Kewangan-Baik). Kerjasama semua warga sekolah amat diperlukan dengan mematuhi prosedur kewangan agar dapat mencapai gred yang lebih baik pada tahun akan datang. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pembantu Tadbir dan pasukannya.

MAJLIS KHATAM AL QURAN 2011





Majlis Khatam Al Quran SK Telok Pasu anjuran Panitia Pendidikan Islam SK Telok Pasu telah diadakan pada 18 Ogos 2011 bertempat di Surau Sekolah yang dihadiri oleh semua murid Tahap 2, iaitu murid Tahun 4, 5 dan 6. Majlis dimulakan dengan bacaan Al Fatihah dikuti dengan bacaan Ayat Lazim iaitu bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga surah Al Ikhlas, dan seterusnya bacaan doa khatam al Quran . Bacaan diketuai oleh Ustaz Mohd. Abdul Hamid bin Mohd Abdul Wahid. Majlis bermula jam 9 pagi dan berakhir sejam kemudian. Di samping murid, guru-guru juga turut menghadiri majlis tersebut. Di akhir majlis murid di beri cenderahati berupa bunga telor dan kurma. Semoga dengan majlis ini akan menyemarakkan lagi kecintaan murid terhadap al Quran. Al Quran Sebagai Pedoman Hidup.

WIRA-WIRA SKTP 2011.

Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada dua orang pelajar SKTP 2011 iaitu adik Muhammad Muslim b Mazlan (4J) yang telah menjadi Johan dalam Pertandingan Taekwando Peringkat Negeri dan Adik Shahrizal b Yusoff yang telah menyertai pertandingan Formula Future peringkat Kebangsaan di Putrajaya. Pihak sekolah bercadang untuk menubuhkan kelab Taekwando/Seni Pertahankan diri pada tahun hadapan untuk mengembangkan lagi bakat-bakat yang terpendam. Pihak sekolah juga akan menghantar 4 orang murid daripada kelas 4J dan 5J untuk menyertai KEM 1M1S di Peladang Agro Resort, Setiu selepas raya nanti.

KEY FACTORS OF SUCCESS(FOS).


  1. POSITIVE MENTAL ATTITUDE.

  2. TOTAL BELEIF IN YOURSELF.

  3. BIG CHALLENGING GOALS.

  4. RESPONSIBLE BEHAVIOUR.

  5. TIME MANAGMENT.

  6. PERSONAL DEVELOPMENT.

  7. HEALTH.

  8. CRAETIVITY.

  9. SERVICE.

  10. EXCELLENCE.

  11. SUPERRIOR HUMAN RELATIONS.

  12. LEADERSHIP.

  13. A PROBLEM IS A OPPURTINITY.

  14. NEVER EVER GIVE UP

16 Aug 2011

UJIAN OTI-4 TAHUN 2011.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Telok Pasu menghadapi Ujian OT1-4 tahun 2011.Ujian bermula pada 14 hb Ogos hingga 16 hb Ogos 2011 dari Tahun 1 hingga 6.Ujian bermula pada pukul 8.10 pagi dan berakhir pada pukul 12.40 tengahari.Murid-murid dibenarkan oleh pihak sekolah balik pada pukul 12.40 tengahari.Manakala para guru pulang mengikut waktu seperti biasa.

KEK HEBAT DIRI



  • 10 Biji semangat
  • 250 gram Daya usaha
  • 100 gram Kesabaran
  • 500 gram Keimanan
  • 100 liter keinsafan
  • 5 helai daun pengorbanan
  • 150 gram campuran akhlak mulai( cari di kedai Adab Sopan)
  • 8 sudu teh, rasa tanggungjawab
  • senyuman secukup rasa
Langkah-langkah membuatnya:-
  • Pecahkan dan pukul semangat sehingga naik dan kental
  • Masukkan usaha dan kesabaran, gaul dengan sebati
  • Tuangkan keinsafan sedikit demi sedikit,gaul dan biarkan adunan menjadi lembut
  • Selepas itu campurkan keimanan,keinsafan dan rasa tanggungjawab dan tambahkan sedikit serbuk akhlak mulia
  • Potong halus-halus daun pengorbanan dan buangkan bahagian dengki khianat dan putus asa; bahagian yang tinggal iaitu ikhlas dan amanah taburkan rata-rata keatas adunan
  • Kemudian bungkus dengan kertas keinginan secermatnya
  • Masukkan adunan yang telahdibungkus tadi dalam mangkuku timbang rasa dan letakkan dalam dulang tolak ansur
  • Bakarkan bahan-bahan tadi dengan api kesungguhan yang membara
  • setelah masak hiasilah dengan senyuman
  • Hidangkan untuk semua orang(Keluarga,jiran,rakan sepejabat) dan rasailah KENIKMATANNYA.

15 Aug 2011

PERTANDINGAN PENGGUNAAN e-BOOK DALAM PdP TAHUN 4, 5 DAN 6 2011

Pertandingan ini di anjurkan oleh JPNT bersama Kerajaan Negeri Terengganu. Ia diadakan untuk menggalakkan lagi penggunaan e-BOOK di kalangan pelajar dalam PdP di semua sekolah rendah Negeri Terengganu.
Pertandingan ini juga hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum 28 Ogos 2011 (Ahad). Insya Allah SKTP tidak akan ketinggalan menyertainya.....

13 Aug 2011

HARAPAN SETINGGI GUNUNG"MAN JADDA WA WAJADA"

Berdasarkan potensi dan pengamatan para guru tahun 6 SKTP, pihak sekolah percaya dan yakin bilangan calon yang mendapat 5A akan bertambah, Insyallah. Ini berdasarkan kemampuan sebilangan murid lagi yang berupaya menjejak langkah rakan-rakannya yang lain. Pihak sekolah telah menyediakan beberapa pendekatan yang 'istimewa' terutamanya guru mata pelajaran UPSR terhadap murid-murid tersebut.

CALON UPSR 2011 YANG BERPOTENSI MENDAPAT 5A BERDASARKAN OTI-4.


  1. NUR SYAHIRAH BT YUSUF 5A

  2. EIZAT SYAMIR B SALEHUDIN5A

  3. NUR RAISYA EZZANIE BT AZLAN5A

  4. MUHAMMAD SAFWAN B MAT ZAIT5A

  5. SYED MUHAMMAD SYAFIQ B SAYED MOHAMAD5A

  6. FATIN AQILAH BT SUHAIMI5A

  7. WAN NUR SYAZWANI BT WAN YUSUF5A

  8. NUR LIYANA BT MOHAMMAD

  9. FARAHANIS NABILAH BT KAMARUDIN5A

  10. NURUL HAKIMAH BT MOHD SHAFFIN5A

  11. SYARIFAH MARSYA FARIHA BT SYED KAMARUDDIN5A

  12. WAN NURUL HUSNA BT WAN AHMAD5A

  13. NORAISAH BT ISMAIL5A

  14. CHE MOHAMMAD AMAR FIKHRI B CHE MOHD HANAFI5A

  15. FAKHRUL IZZAD B MUHAMMAD ZAMRI5A

  16. NUR MADIHAH AUNI BT MARZUKI5A

  17. NUR ATIKAH BT YAHYA5A

  18. NURUL AIN IZZATIE BT AZIZ4A1B

  19. WAN RAFIQA MAWADDAH BT WAN M RIZAL4A1B

  20. IZZAT NAQIUDDIN B ZULKARNAIN4A1B

  21. MUHAMMAD ASRI HAKIM B CHE JUSOH4A1B

  22. MUHAMMAD LUQMAN HAKIMI B SALIM4A1B

  23. NUR AFIEZA BT ANUAR4A1B

  24. MUHAMMAD NUR HANAFIAH(POK) B SALLEH4A1B

  25. ALYA HAZIQAH BT YONG3A2B

  26. AHMAD NAQIUDDIN B MOHD ALIAS3A2B

  27. WAN NUR ASILAH BT WAN HUSSIN3A2B

  28. FAHIMAH BT MOHAMAD3A2B

  29. MUAZ HANAFI B HJ KAMARUZAMAN3A2B

  30. NUR ASMANISHA BT SHAFFIE312B

  31. MUHAMAD QHADILAH FIRDAUS B CHE ABDULLAH3A2B

12 Aug 2011

8eight Month @ SKTP.

Teman bertugas di SKTP pada 02.01.2011. Wah...hebatnya SKTP dalam hati kecilku. Rasa bangga pun ada dapat berkhidmat kepada anak bangsa. Cikgu-cikgunya hebat belaka. Teman diberi tugas pegang kelas tahun 6. Subjek Sains tahun 6. Tahun5, 4 dan 3 mengajar subjek KH, PJK, BM. Lengoh juga kaki-kaki memandangkan bangunannya tinggi-tinggi! Tuan Guru Besar diibaratkan sebagai seorang yang berupaya mencari sebatang jarum yang hilang ditengah Padang Pasir Sahara. PK 1 seorang yang penuh dengan ilmu pengetahuan. M aklumlah cikgu yang paling senior!PK HEM yang baru - baru nak memahami situasi SKTP. Tapi, lihat pada orangnya.....mudah berkira-kira. PK KO seorang yang happy good mailto:lucky@Perkasa.Sebab itu aktiviti KO penuh dengan kejayaan. Teman-teman seperjuangan memang best giler! Terutama Yusof Black Metal. Teman sekarang baru memahami....walaupun masih banyak perkara lagi yang ingin dipelajari. Terima Kasih kepada Cg. Zainuddin tolong teman agak celik IT. Rupa-rupanya masih kurang diri ini. Cikgu-cikgu Sains khasnya..semuanya..dikatakan excellent! Teman suka berkerja dengan suasana begitu... Landskap sekolah kena upgrade lagi sesuai dengan pencapaian akademiknya!" Sekolahku Syurgaku" Insyallah 2012 nanti. Tahun 2011 dah mula sedikit demi sedikit....berkat kerja secara kolektif! Cuma teman agak 'cemas' UPSR 2011. Adakah SKTP dapat pecah rekod 2010? Rupa-rupanya..teman tumpang tuah SKTP.. Kawad kaki KTU juara.. Tahniah!

11 Aug 2011

PROGRAM BERSAMA GURU MATA PELAJARAN TERAS TAHUN 6 2011

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan akademik akan mengadakan Program Bersama Guru Mata Pelajaran Teras Tahun 6.Program ini diadakan bertujuan untuk memantapkan dan melaksanakan penambahbaikan da 'value added' supaya penghayatan guru dan murid dalam peningkatan akademik dengan lebih cemerlang dan terbilang.Perjumpaan guru berdasarkan maklumat dibawah:-

Nama Guru: En. Kamarudin Abd Kadir(Guru Sains Tahun 6)

Tarikh :16.08.2011

Daerah :Kuala Terengganu Utara

Tempat :PKG Tok Jiring

Masa :2.00-4.00 petang

Fasilitator:Zakaria bin Mat Amin

Pegawai Penyelaras:1-Nordin bin Ambak
2-Mustaffa bin Mohd.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara diatas, sila hubungi HjRohadi bin Jusoh(H/P:013-9811543) Penyelia Sains, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu ditalian 09-6213018/09-6213027 dan no. faks : 09-6213028.

PEMBERITAHUAN BAYARAN TAMBAHAN PIBG YANG BELUM DIJELASKAN 2011

Pihak sekolah ingin memohon perhatian dan kerjasama dari pihak ibu/bapa/penjaga murid-murid SKTP agar dapat menjelaskan bayaran tersebut pada atau sebelum 15.09.2011. Diatas komitmen dan sikap prihatin ibu/bapa/penjaga, pihak sekolah terlebih dahulu ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih.

10 Aug 2011

Majlis Tadarus Al Quran

Sempena bulan Ramadhan yang mulia Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Tadarus Al Quran untuk murid Tahun 4 dan 5. Majlis diadakan pada setiap hari di surau sekolah bemula jam jam 11 pagi hingga 11.30 pagi. Murid dibahagi kepada 15 kumpulan dan setiap kumpulan diminta membaca sebanyak 2 juzuk. semoga usaha yang sedikit ini dapat menyemaikan semangat mencintai Al Quran dan menjadikan Al Quran sebagai pedoman hidup. Selamat Berpuasa.

Kelas Pecutan UPSR 2011.

Dijangka akan bermula pada hari Jumaat dan Sabtu. Masa 8.30-1045 pagi di SKTP. Hanya terbuka kepada murid SKTP sahaja. Bilangan murid adalah mengikut kemampuan dan kesanggupan murid untuk mengikuti kelas pecutan tersebut.

9 Aug 2011

Pemantauan Bersepadu Inisiatif ICT@SKTP

Pasukan Pemantuan Inisiatif ICT 2011 BTPNT telah datang ke sekolah pada 9 Ogos 2011 untuk melaksanakan pemantauan inisiatif ICT sekolah. Pasukan pemantau, En. Amiruddin bin Mohamed dan Pn. Nik Rosniza bt Nik Mustapha turut disertai Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Manir, En. Mat Sabri bin Ismail dan Pn. Raihanah bt Mohamad telah menjalankan pemantauan dalam beberapa aspek temasuklah keberkesanan persaksanaan inisiatif ICT di Makmal Komputer, Pusat Akses, PSS, Kampus Astro dan EduWebTV. Diharapkan dengan pemantauan ini memberikan input dan panduan yang terbaik kepada sekolah untuk meluaskan penggunaan dan keberkesanan ICT kepada seluruh warga SKTP.

7 Aug 2011

Taklimat SAPS : Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Taklimat SAPS telah berlangsung pada 7 Ogos 2011 telah dihadiri oleh guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran SKTP di Makmal komputer. Taklimat telah disampaikan oleh Ust. Abd Majid Toha yang juga merupakan S/U Peperiksaan Dalaman Sekolah. Diharap guru-guru kelas dan guru matapelajaran dapat menyiapkan markah peperiksaan sebelum 15 Ogos ni yaaaa......

20 Jun 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Siri 2/2011 : PdP Berkesan Dalam Bilik Darjah.

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) siri 2/2011 kepada guru-guru SKTP telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Jun lalu. Latihan siri 2 ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, En. Jalil Abd. Ghani (Mantan Timbalan Ketua Nazir Negeri Terengganu) yang bertajuk PdP Berkesan Dalam Bilik Darjah.

Program yang bermula pada jam 8.45 pagi itu, dimulakan dengan tayangan video yang memberikan makna yang mendalam kepada peserta sebagai seorang pendidik.

Antara intipati program tersebut, En. Jalil menekankan kepentingan guru-guru sebagai seorang pendidik dalam menyampaikan PdP yang berkesan kepada pelajar di dalam bilik darjah.
 
Beliau yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan berkata, "tugas seorang guru apabila mengajar mesti buat murid faham, ingat dan berfikir". "Untuk berubah kita perlukan hanya satu perkara... buat", katanya.
 
Program yang memberikan input yang berguna ini, disertai oleh semua guru SKTP berakhir pada jam 1.30 petang. Majlis penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh guru besar, En. Ramli Rani di penghujung program. 
 

25 May 2011

Majlis Jamuan Pertukaran Guru & Staf Ceria

Majlis Jamuan Pertukaran Guru & Staf SKTP pada 25 Mei yang lalu bagi meraikan pertukaran guru dan staf iaitu Cg. Rohani Wan Khalid  ke SK Pulau Rusa, Cg. Madiah Idris ke SK Manir dan En. Khairuddin Shafie ke SK Seberang Takir berlangsung ceria. Majlis anjuran Kelab Guru ini diadakan di Paradise Deluxe, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Majid Toha bin Mohamed, seterusnya ucapan daripada wakil guru yang bertukar dan ucapan guru besar.

Dalam ucapan guru besar, beliau mengucapkan tahniah kepada Cg. Nor Asikin yang akan menunaikan umrah pada cuti pertengahan penggal nanti juga ucapan tahniah kepada Cg. Normah Mustaffa di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah meraih tempat pertama di dalam Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri baru-baru ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En. Khairuddin Shafie kerana akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Mei nanti.

Seterusnya, beliau mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru sempena cuti pertengahan penggal pertama yang bermula pada jumaat ini. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

105 Pengawas Terima Watikah : Diharap Mampu Menjalankan Tanggungjawab Yang Diamanahkan Dengan Jujur dan Dedikasi

(Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu) Oleh NORHAFIZA MUSA

KUALA NERUS - Pengawas dan pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pasu diharap mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan dedikasi.

Guru besarnya, Ramli Rani berkata, pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan perlu mengamalkan tingkah laku positif serta mengekalkan budaya dan disiplin yang baik sepanjang masa.

Menurutnya, pelajar yang telah dilantik adalah mereka yang terpilih ddan seharusnya menjadi contoh kepada rakan lain.

"Tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin."

"Sebelum mendisiplinkan orang lain, mereka sendiri terlebih dahulu perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diikuti rakan lain," katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan di dewan sekolah itu.

Menurutnya, tiga kriteria utama pemilihan dan perlantikan pengawas termasuk prestasi akademik tinggi, sahsiah diri baik dan mempunyai ketrampilan diri, amanah serta bertanggungjawab.

Seramai 45 pengawas sekolah dan 60 pengawas perpustakaan sekolah menerima watikah masing-masing.

Watikah penyerahan disampaikan Pegawai Perhubungan Sekolah, Lans Koperal Ibrahim Mohamad dari Balai Polis Manir. Ketua pengawas lelaki, Che Mohd Ammar Fikri Mohd Hanafi, 12, berkata, perlantikan sebagai pengawas bukan semata-mata kerana jawatan, tetapi perlu menjalankan tugas yang diberikan.

"Saya berharap, pengawas yang dilantik dapat tunaikan tanggungjawab bagi sama-sama mendisiplinkan rakan lain," katanya.


23 May 2011

Sukan SKTP Ke-6 : Rumah Hijau Catat Sejarah Selepas 16 Tahun Idam Kejuaraan

Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. Telok Pasu ke-6 melabuhkan tirainya dengan catatan yang cemerlang menyaksikan Rumah Hijau mencatat sejarah yang tersendiri setelah hampir 16 tahun memburu kejuaraan. Kejohanan yang berlangsung pada 24 - 27 April yang lalu turut dimeriahkan dengan acara sukaneka ibubapa dan guru.

Antara acara-acara yang dipertandingkan, acara 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lontar peluru serta lompat tinggi bagi murid tahap 2 serta acara - acara sukaneka bagi murid tahap 1 dan prasekolah. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan pada hari terakhir kejohanan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada  semua pemenang.

KEPUTUSAN KESELURUHAN : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning, Ketiga - Rumah Biru, Keempat - Rumah Merah.   

22 May 2011

Kursus Kajian Tindakan 2011

Kursus kajian tindakan telah berjaya dilaksanakan pada 23 April yang lalu kepada guru-guru SKTP di Bilik Mesyuarat SKTP. Kursus yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Cg. Norkhatimah binti Ismail yang merupakan Pasukan Penyelidikan Pendidikan Negeri Terengganu & Kebangsaan yang juga Guru Cemerlang DG52.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan kursus LDPBS di sekolah dan juga untuk memberi pendedahan dan galakan kepada guru-guru untuk mengaplikasikan teknik penulisan kajian tindakan sebagai kajian ilmiah. Kursus berakhir pada jam 2.00 petang.

Muat turun bahan kursus DI SINI

20 May 2011

Visi & Misi Sekolah



VISI

SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI GEMILANG


MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI




Info Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU
21200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

( 09-6151098

 📇    09-6152946