Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

25 May 2011

Majlis Jamuan Pertukaran Guru & Staf Ceria

Majlis Jamuan Pertukaran Guru & Staf SKTP pada 25 Mei yang lalu bagi meraikan pertukaran guru dan staf iaitu Cg. Rohani Wan Khalid  ke SK Pulau Rusa, Cg. Madiah Idris ke SK Manir dan En. Khairuddin Shafie ke SK Seberang Takir berlangsung ceria. Majlis anjuran Kelab Guru ini diadakan di Paradise Deluxe, Jalan Pasir Panjang, Kuala Terengganu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Abd Majid Toha bin Mohamed, seterusnya ucapan daripada wakil guru yang bertukar dan ucapan guru besar.

Dalam ucapan guru besar, beliau mengucapkan tahniah kepada Cg. Nor Asikin yang akan menunaikan umrah pada cuti pertengahan penggal nanti juga ucapan tahniah kepada Cg. Normah Mustaffa di atas kejayaan beliau mengharumkan nama sekolah meraih tempat pertama di dalam Pertandingan Menulis Cerita Kanak-Kanak Hari Guru sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri baru-baru ini. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En. Khairuddin Shafie kerana akan melangsungkan perkahwinan pada 29 Mei nanti.

Seterusnya, beliau mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru sempena cuti pertengahan penggal pertama yang bermula pada jumaat ini. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

105 Pengawas Terima Watikah : Diharap Mampu Menjalankan Tanggungjawab Yang Diamanahkan Dengan Jujur dan Dedikasi

(Sumber : Sinar Harian Edisi Terengganu) Oleh NORHAFIZA MUSA

KUALA NERUS - Pengawas dan pengawas perpustakaan Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Pasu diharap mampu menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan jujur dan dedikasi.

Guru besarnya, Ramli Rani berkata, pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan perlu mengamalkan tingkah laku positif serta mengekalkan budaya dan disiplin yang baik sepanjang masa.

Menurutnya, pelajar yang telah dilantik adalah mereka yang terpilih ddan seharusnya menjadi contoh kepada rakan lain.

"Tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan yang telah dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin."

"Sebelum mendisiplinkan orang lain, mereka sendiri terlebih dahulu perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat diikuti rakan lain," katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Perpustakaan di dewan sekolah itu.

Menurutnya, tiga kriteria utama pemilihan dan perlantikan pengawas termasuk prestasi akademik tinggi, sahsiah diri baik dan mempunyai ketrampilan diri, amanah serta bertanggungjawab.

Seramai 45 pengawas sekolah dan 60 pengawas perpustakaan sekolah menerima watikah masing-masing.

Watikah penyerahan disampaikan Pegawai Perhubungan Sekolah, Lans Koperal Ibrahim Mohamad dari Balai Polis Manir. Ketua pengawas lelaki, Che Mohd Ammar Fikri Mohd Hanafi, 12, berkata, perlantikan sebagai pengawas bukan semata-mata kerana jawatan, tetapi perlu menjalankan tugas yang diberikan.

"Saya berharap, pengawas yang dilantik dapat tunaikan tanggungjawab bagi sama-sama mendisiplinkan rakan lain," katanya.


23 May 2011

Sukan SKTP Ke-6 : Rumah Hijau Catat Sejarah Selepas 16 Tahun Idam Kejuaraan

Kejohanan Sukan Tahunan Sek. Keb. Telok Pasu ke-6 melabuhkan tirainya dengan catatan yang cemerlang menyaksikan Rumah Hijau mencatat sejarah yang tersendiri setelah hampir 16 tahun memburu kejuaraan. Kejohanan yang berlangsung pada 24 - 27 April yang lalu turut dimeriahkan dengan acara sukaneka ibubapa dan guru.

Antara acara-acara yang dipertandingkan, acara 100m, 200m, 4x100m, 4x200m, lontar peluru serta lompat tinggi bagi murid tahap 2 serta acara - acara sukaneka bagi murid tahap 1 dan prasekolah. Upacara penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan pada hari terakhir kejohanan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada  semua pemenang.

KEPUTUSAN KESELURUHAN : Johan - Rumah Hijau, Naib Johan - Rumah Kuning, Ketiga - Rumah Biru, Keempat - Rumah Merah.   

22 May 2011

Kursus Kajian Tindakan 2011

Kursus kajian tindakan telah berjaya dilaksanakan pada 23 April yang lalu kepada guru-guru SKTP di Bilik Mesyuarat SKTP. Kursus yang bermula pada jam 8.00 pagi itu telah dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Cg. Norkhatimah binti Ismail yang merupakan Pasukan Penyelidikan Pendidikan Negeri Terengganu & Kebangsaan yang juga Guru Cemerlang DG52.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memenuhi keperluan kursus LDPBS di sekolah dan juga untuk memberi pendedahan dan galakan kepada guru-guru untuk mengaplikasikan teknik penulisan kajian tindakan sebagai kajian ilmiah. Kursus berakhir pada jam 2.00 petang.

Muat turun bahan kursus DI SINI

20 May 2011

Visi & Misi Sekolah



VISI

SEKOLAH UNGGUL
PENJANA GENERASI GEMILANG


MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU
MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI




Info Sekolah

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU
21200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU

( 09-6151098

 * 09-6152946

Staff Sokongan SK TELOK PASU

 
  

Guru-Guru SK TELOK PASU



Sekapur Sireh ~ Kata-Kata Aluan Guru Besar



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapat kita melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2014 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.

Untuk muncul sebagai sebuah sekolah terbilang, seluruh warga SKTP mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kerja buat kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik selaras dengan langkah kerajaan memperkenalkan dua elemen penting petunjuk prestasi iaitu NPKI dan NKRA.

Mulai tahun 2011, kurikulum sekolah telah menggunakan Kurikulum Standard Sekolah rendah (KSSR) yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Justeru itu, semua guru seharusnya melakukan transformasi dan penambahbaikkan kepada kemahiran dan potensi diri yang sedia ada bagi menghadapi cabaran pendidikan dalam abad ke-21.

Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini dan dalam masa yang sama dapat "Melestarikan Pendidikan Terbilang".

Sejajar dengan perkembangan ICT dan media baru masa kini, dengan kewujudan laman rasmi ini dapat memberikan peluang kepada pelanggan sekolah khususnya kepada ibubapa pelajar sekolah untuk mengenali dengan lebih dekat organisasi sekolah ini. Saya juga mengharapkan semua guru serta warga sekolah dapat memanfaatkan bahan dan maklumat yang terdapat dalan laman rasmi ini. Mudah-mudahan segala apa yang dirancang dapat diterjemahkan menjadi kenyataan.

Selamat Maju Jaya.

Sekian, Wassalamalaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"HIDUP BERJASA"

Salam hormat dari saya,
MAT SAAT BIN IBRAHIM
Guru Besar,
Sek. Keb. Telok Pasu, Kuala Terengganu.

Kokurikulum


JAWATANKUASA KOKURIKULUM
SEK. KEB. TELOK PASU, KUALA TERENGGANU.

Penasihat
En. Omar bin Muda

Pengerusi
En. Che Mohd bin Abd. Rahman

Setiausaha
En. Mohd Afzainizam bin Abd.Latiff 

Ahli Jawatankuasa

Sukan & Permainan
En. Kamarudin bin Abdul Kadir - Penyelaras
En. Mohd Abdul Wahid bin Mohd Abdul Wahid - Bola Sepak
Pn. Maizam bt Sulong - Olahraga
Pn. Normah bt Mustaffa - Bola Jaring
En. Abdul Majid Toha bin Mohamed - Hoki
Tn. Hj. Omar bin Ali - Badminton
Pn. Siti Fatimah Shakirah binti Awang - Bola Tampar
Pn. Rosliza binti Razak - Ping Pong
Pn. Noriza bt Mamat - Ketua Rumah Merah
Pn. Zarina bt Aleng @ Mohamaad - Ketua Rumah Biru
Pn. Nor Asikin bt Mohd Shafie - Ketua Rumah Hijau
Pn. Nuurmaizatul Afzan bt M. Haniff - Ketua Rumah Kuning

Unit Beruniform
Tn. Hj. Omar bin Ali - Penyelaras
En. Zulkifli bin Chik - Pegakap
Pn. Nur Izzati binti Othman - PBSM
Pn. Azizah binti Ismail - Puteri Islam
Pn. Nur Hidayah binti Kamaruddin - Puteri Tunas
Pn. Anidariah binti Ismail - TKRS


Kelab & Persatuan
Pn. Manisah binti Mansor- Penyelaras
Pn. Normah  binti Mustaffa - Bahasa Melayu
Hjh. Zainun binti Yahya - Bahasa Inggeris
Sh. Intan Sharini binti Tuan Dalam - Sains & Matematik
Pn. Rahida binti Sulong - Agama Islam
Pn. Suhaila binti Ismail - ICT
Pn. Norhayati binti Harun - Doktor Muda
En. Rozali bin Mohd Salleh-PRS


Bidang Tugas
  1. Merancang aktiviti kokurikulum sekolah jangka pendek dan jangka panjang.
  2. Mengadakan mesyuarat.
  3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
  4. Menentukan takwin dan jadual aktiviti.
  5. Memastikan penglibatan menyeluruh pelajar.
  6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti kokurikulum peringkat zon/daerah/negeri.
  7. Memastikan guru mematuhi takwin dan jadual kokurikulum.
  8. Mementukan tarikh sukan sekolah, merentas desa, perkhemahan dan sebagainya.
  9. Menilai kegiatan dan membuat laporan tahunan.
  10. Membuat anggaran belanjawan dan mencari sumber kewangan.
  11. Memberikan pengiktirafan kepada guru dan murid yang telah menunjukkan prestasi cemerlang.

Majlis Permuafakatan Pihak Sekolah Dengan Ibu Bapa Pelajar (LINUS & Pemulihan)

Majlis permuafakatan pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar LINUS & Pemulihan telah berlangsung pada Khamis, 19 Mei yang lepas telah berjaya disempurnakan. Tujuan utama program ini adalah  untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibubapa pelajar yang telibat prestasi semasa sebagai persediaan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang bermula pada 22 Mei nanti dan juga persediaan ujian LINUS konstruk 2 yang akan bemula pada bulan Jun nanti.

Majlis yang dimulakan dengan ucapan guru besar, seterusnya ucapan dan laporan guru pemulihan, ucapan dan laporan guru LINUS dan sesi soal jawab di akhir majlis. Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari. 

Hal Ehwal Murid


JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
SEK. KEB. TELOK PASU, KUALA TERENGGANU.

Penasihat
En. Mat Saat Bin ibrahim

Pengerusi
Pn Rozilawati Binti Mokhtar

Setiausaha
Pn. Azizah Binti Ismail

Ahli Jawatankuasa
En. Abdullah Lutfi bin Salleh - Disiplin
En. Rozali bin Mohd Salleh - B&K/KWAMP/SM
Pn. Sh. Intan Sharini Binti Tn. Dalam - SPBT / KPJ
Pn. Zarina binti Aleng - Rekod Persijilan / Kemasukan Sek. Men.
Pn. Ramlah binti Endut - PRA Sekolah
Pn. Rahida binti Sulong - Jadual Kedatangan
Pn. Fadzilah Binti Yusof - Badan Pengawas
Pn. Ruhani Binti Che Cob - RMT / PS1M / PV1M
Pn. Siti Fatimah Shakirah binti Awang - Kantin
En. Mohd Zaki bin Sulaiman - SMM / BMM
En. Kamaruddin bin Abd. Kadir - PPDa
Pn. Siti Fatimah Shakirah binti Awang - Murid Cicir
Tn. Hj. Omar bin Ali - Prog. Bersepadu Sek. Selamat / Sihat
Pn. Tengku Lailawati Binti Syed Abg Ghani - Kebajikan Murid
Pn. Anidariah binti Ismail - Simpanan Murid
Pn. Rosliza binti Ghazali - Kebersihan & Keceriaan
Pn. Rozita binti Abdullah - Rawatan & Kesihatan
Pn. Mariana binti Sudin - Papan Kenyataan Sekolah
Pn. Hasmah binti Che Ali - Takaful
En. Rozali bin Mohd Salleh - B&K / KWAPM


Bidang Tugas
  1. Melibatkan guru-guru dalam meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran dan pandangan dalam menggubal peraturan sekolah.
  2. Kes-kes disiplin yang berat perlu dirujuk kepada Guru Besar sebelum mengambil tindakan.
  3. Menimbang dan menerima pandangan dan cadangan daripada murid, guru serta ibubapa mengenai hal-hal berkaitan dengan disiplin sekolah.
  4. Membincangkan masalah kebajikan pelajar dengan tujuan untuk membimbing dan membantu menangani masalah.
  5. Mengadakan mesyuarat bulanan/mesyuarat khas.

Kurikulum


JAWATANKUASA KURIKULUM
SEK. KEB. TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

Penasihat
En. Omar bin Muda

Pengerusi
Tn. Hj. Mazlam bin Muda

Setiausaha
Pn. Zarina binti Aleng @ Mohamed

Ahli Jawatankuasa

Hjh. Azizah binti Ngah - GPK HEM
En. Che Mohd bin Abd. Rahman - GPK Kokurikulum

En. Rozali bin Mohd Salleh - Bimbingan & Kaunseling
Pn. Normah binti Mustaffa - Guru Media
Pn. Maizam binti Sulong - Guru Pemulihan/Intervensi/Protim
En. Mohd Zaki bin Sulaiman - Guru Data/PPTTNAI
En. Abdul Majid Toha bin Mohamed - ePantau/Peperiksaan Dalaman
Pn. Ruziah binti Chik - Transisi
Pn. Mariana binti Sudin - PPSMI/MBMMBI
Pn. Siti Fatimah Shakirah binti Awang - JQAF
Pn. Sy. Intan Sharini binti Tuan Dalam - Peningkatan Thn 4&5
Pn. Suhaila binti Ismail - Penyelaras Bestari
YM Tg. Aznuriah binti Tg. Aziz - LADAP
Pn. Anidariah bt Ismail - KSSR
Pn. Zakiah binti Kassim - LINUS
Pn. Ramlah binti Endut - Prasekolah
En. Rozali bin Mohd Salleh - Guru Bimbingan
Pn. Noriza binti Mamat - Peperiksaan Awam/Jadual Waktu
En. Norzaki bin Ali - PAFA
Pn. Rosliza binti Ghazali - PKJR
Pn. Hjh. Zainun binti Yahya - Bank Soalan
Semua Ketua Panitia Mata Pelajaran

Bidang Tugas
  1. Mewujudkan suasana pengajaran/pembelajaran yang boleh mendorong murid-murid secara berkesan meningkatkan mutu pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.
  2. Membina secara kumpulan bahan-bahan bantuan mengajar dan menguruskan mengikut satu sistem mudah dan berkesan.
  3. Membuat kajian dan nilaian tentang prestasi pembelajaran murid dengan tujuan mencari jalan penyelesaian mengatasi kelemahan untuk mencapai kemajuan yang lebih tinggi.
  4. Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keadaan suasana berasaskan sukatan pelajaran dan kemudahan yang ada.
  5. Menguruskan penerbitan berkala untuk kepentingan pembelajaran di sekolah.

PIBG Sek. Keb. Telok Pasu.


JAWATANKUASA TADBIR PIBG SESI 2012-2013
SEK. KEB. TELOK PASU, KUALA TERENGGANU.

Penasihat
En. Omar bin Muda

Yang DiPertua
YM Tn. Hj. Saikh Kamaruden bin Saikh Ismail

Naib Yang DiPertua
En. Kamaruzaman bin Asli

Setiausaha
En. Norzaki bin Ali

Bendahari
En. Abd. Manaf bin Hussain

Ahli Jawatankuasa
En. Mohd Samri bin Awang
En. Rozali bin Mohd Salleh
Tn. Hj. Mazlam bin Muda
En. Che Mohd bin Abd Rahman
Hajjah Azizah binti Ngah
Tn. Hj. Shafei bin Chik
En. Mohamad bin Ismail
Pn. Rosliza binti Ghazali
En. Shaffin bin Omar