Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

16 Oct 2011

LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI DAN PERLIS

Seramai 37 orang murid SKTP yang terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 telah menyertai rombongan LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI DAN PERLIS pada 27 September hingga 30 September 2011. Rombongan tersebut diiringi oleh 7 orang guru pengiring, iaitu 4 guru lelaki dan 3 guru perempuan. Peserta rombongan telah bertolak pada jam 10.15 malam dengan menaiki bas Tuan Haji Zul. Pemandu yang cekap lagi berhemah ialah En. Pozi dan En.Azhar. Pserta rombongan telah berhenti berehat sekejap di Masjid Hadhari Setiu. Sungguh gah pemandangan pada waktu malam. Ahli rombongan telah solat subuh di salah sebuah masjid di negeri Kedah Darul Aman (dok ingat nama!) Para peserta rombongan selamat tiba di JETI KUAH PERLIS pada pukul 8.15 pagi dam menaiki feri pada pukul 8.45 pagi. Kami para peserta rombongan teruja dengan pemandangan di sepanjang perjalanan. Bas telah bersedia menunggu kedatangan kami. Dalam perjalanan ke tempat penginapan, kami dibawa ke tempat Perusahaan Gamat yang terkenal Warisan Sireh Lagenda dan tempat jualan pakaian batek. Ahli rombongan mengambil kesempatan membeli-belah di samping mendengar penerangan dari pihak berkenaan. Murid-murid terutamanya telah mendapat input yang berguna dalam sesi tersebut. Setelah berpenat lelah, kami dibawa ke tempat penginapan.. selesa.... bersih.... Acara seterusnya mengikut dalam perancangan yang telah ditetapkan. Dalam acara bebas, penulis telah membawa para peserta rombongan lelaki "WALK-WALK EAT AIR" disekitar Pekan Kuah dengan berjalan kaki. Beli sakan anak murid semua dengan memenuhi pesanan kedua orang tua. Pada keesokkan paginya para peserta rombongan telah dibawa ke SUNGAI KILIM (TAPAK WARISAN UNESCO). Kami dibawa menaiki bot laju, melihat fenomena spesis burung helang makan diair dan melawat GUA KELAWAR. Telah berlaku stu peristiwa yang manis di situ, di mana penulis telah berjaya bergambar dengan sepasang suami isteri pelancong dari daerah HOM'S, SYRIA. Kami mula bertolak ke MAKAM MAHSURI DAN KERETA KABEL GUNUNG MACHICANG. Para peserta kelihatan gembira bercampur baur perasaan berdebar-debar. Kami menikmati makan tengahari berhampiran dengan tempat Pengkalan Perahu Layar sambil melihat pemandangan yang mengasyikkan. Pujian boleh diberikan kepada para peserta rombongan kerana tahap disiplin yang tinggi dan berjaya mempraktikkan solat jamak. Acara bebas penuh dengan membeli belah di kalangan murid-murid, lebih-lebih lagi para guru. Roti Canai di situ memang power..campur ngan perut lapar. Setelah bermalam selama 2 malam, para peserta rombongan menuju ke Gua Kelam setelah ''check-out" dengan susah payah ngan barang-barang kepunyaan masing-masing. Terasa tegang segala urat saraf. Rombongan telah bertolak ke Grik dalam perjalanan pulang singgah sebentar solat dan makan malam di situ. Penulis telah tersasul dengan meminta "AIS BATU PENG SER" Drebar pakat senyum... 4.30 pagi ..Alhamdulillah....selamat tiba diperkarangan SKTP. Penulis rasa amat bertuah dapat menyertai rombongan ini, walaupun letih....demi murid.. Hati rasa gembira melihat rumah tangga..anak-anak..lebih-lebih...lagi.... Semoga berjumpa lagi di tahun yang mendatang.

13 Oct 2011

PERKHEMAHAN BADAN UNIT BERUNIFORM SKTP 2011.

Pada 22 hingga 25 September 2011, Perkhemahan Badan Unit Beruniform telah diadakan di padang MINI SKTP dengan jayanya. Badan Unit Beruniform yang terlibat ialah Pengakap, PBSM, Tunas Puteri  dan TKRS. Seramai 174 orang murid telah mengambil bahagian. Majoriti murid yang menyertai ialah murid tahun 6 dan ada juga murid tahun 5. Pelbagai aktiviti telah diadakan, umpamanya "Blind Walk", "Persembahan Malam Kebudayaan dan Pertandingan Hiasan Masakan / Minuman Petang. Berdasarkan pengamatan para guru yang bertugas, 95% objektif perkhemahan telah dicapai. Masalah cuaca sahaja yang menganggu gugat pencapaian yang sepatutnya. Program tersebut telah dirangka dengan khususnya oleh Jawatankuasa Perkhemahan yang di ketuai oleh En. Che Mohd Abd Rahman, GPK-KO SKTP. Komitmen AJK adalah amat memuaskan walaupun terdapat ruang yang masih boleh dipertingkatkan lagi. Majlis Perasmian Penutup telah dirasmikan Tuan Guru Besar SKTP.

TAEKWANDO SKTP 2011

Pada tanggal 11.09.2011 bermula era baru SKTP buat julung-julung kalinya pihak yang berkenaan telah datang ke sekolah untuk membuat demonstrasi Taekwando dan seterusnya meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk menubuhkan Kelab Taekwando. Sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Murid tahun 3 hingga tahun 6 telah menyertai kelab tersebut. Sesi latihan diadakan di dewan sekolah pada setiap hari Isnin. Komitmen para ibu bapa juga amat menggalakkan. Pihak sekolah berharap agar murid-murid yang menyertai kelab ini, dapat menambahkan disiplin diri disamping untuk menjaga kesihatan. Akal yang cerdas berdasarkan tubuh yang cergas.

MENJELANG UPSR 2011.

Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai program dalam usaha untuk mencapai SASARAN SEKOLAH seramai 31 orang pada tahun 2011. Program tersebut telah dirangka oleh JAWATANKUASA UPSR 2011 dan diketuai oleh Tuan Haji Mazlam, Guru Penolong Kanan 1 SKTP. Di samping Tuan Guru Besar, beliau selaku GPK 1 yang banyak memberikan semangat dan tips kepada murid dan guru tahun 6 agar berusaha sedaya dengan kemampuan yang ada untuk mencapai target yang sekolah tetapkan. Di samping itu program pencapaian murid maksima C juga hendaklah dipertingkatkan lagi. Mengikut sumber yang boleh dipercayai. Insyallah SKTP UPSR 2011 pencapaian murid 5A melebihi 28 orang, walaupun pada peringkat awalnya seramai 15 orang sahaja katanya. Kain rentang direntang dan dibentangkan agar menjadi tatapan murid-murid agar sentiasa ingat akan hasrat sekolah dan para ibu bapa. "MAN JADDA WA JADA"