Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

21 Sept 2011

CERAMAH MOTIVASI MURID TAHUN 5

Ceramah Motivasi Murid Tahun 5 telah berlangsung pada 20 September lalu di Dewan Sekolah. Program ceramah ini merupakan pra-persedian murid tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012 yang telah dihadiri seramai 88 orang murid tahun 5. Fasilitator undangan, En. Subhan b. Mahfoz dalam ceramah beliau mengingatkan murid tahun 5 agar melakukan sesuatu yang "luar biasa" dan menekankan perlunya mengenal personaliti diri untuk menjadi murid yang cemerlang. Ceramah berakhir pada jam 1:30 petang.

11 Sept 2011

MAJLIS REHDA ILMU CALON UPSR 2011

Majlis Rehda Imu & Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 pada 11 September yang lalu.

Majlis Redha Ilmu dan Penyampaian Insentif Pelajar Tahun 6 telah diadakan pada Ahad, 11 September yang lalu. Majlis ini merupakan acara tahunan bagi mendapatkan keredhaan guru-guru SKTP oleh pelajar tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 September ini. Semoga dengan keredhaan ilmu yang telah dicurahkan oleh guru-guru SKTP kepada pelajar ini selama 6 tahun berada di SKTP dapat memberikan suntikan semangat dan kekuatan untuk berjuang untuk mendapatkan kejayaan yang gemilang semasa peperiksaan UPSR nanti.

Kepada Pelajar Tahun 6 yang juga Calon UPSR 2011 : TERUSKAN USAHA ANDA, KAMI PERCAYA ANDA DAPAT LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MENCAPAI SASARAN 5A DALAM DIRI ANDA. JANGAN SESEKALI GIVE UP. 5A PASTI DALAM GENGGAMAN.
U R SIMPLY da BEST!!!

8 Sept 2011

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2011

Majlis Solat Hajat Perdana untuk UPSR 2011 diadakan pada 8 September 2011 (Khamis malam Jumaat) bertempat di Surau SKTP. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjamaah diikuti dengan solat sunat hajat dua rakaat. Selepas itu bacaan Surah Yasin dibacakan oleh setiap jemaah yang terdiri daripada ibubapa, pelajar tahun enam, guru-guru serta kakitangan sekolah. Solat maghrib, solat sunat hajat dan bacaan surah Yasin diketuai oleh Ustaz Abdul Majid Toha. Selepas itu ucapan ringkas oleh Tuan Guru Besar. Majlis diteruskan dengan solat Isyak berjamaah yang diimamkan oleh Tuan Hj Mazlam Muda, Guru Penolong Kanan 1. Para hadhirin dijamukan dengan nasi dagang sebelum pulang.

Antara intipati ucapan Guru Besar, beliau memberi beberapa tip sebagai persiapan untuk ibubapa. Antaranya ialah :-
  • Jaga keselamatan dan kesihatan anak-anak.
  • Jaga permakanan anak-anak.
  • Adalah lebih baik jika ibubapa berpuasa sunat pada hari peperiksaan.
  • Kalau ada kesempatan ambil cuti untuk menemani anak di hari peperiksaan.
  • Pastikan kemahuan anak dituruti selagi ianya perkara yang baik.
  • Pastikan segala alat tulis anak mencukupi.

Semoga dengan solat hajat ini dapat memberi ketenangan kepada calon UPSR dalam menghadapi peperiksaan, seterusnya dapat memberi keputusan yang baik dan sentiasa mendapat keredhaan dunia dan akhirat. Kebetulan pada malam tersebut hujan rahmat telah turun mengiringi solat hajat yang IsyaAllah sebagai satu petanda kerahmatan Allah. Barakallah.

5 Sept 2011

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SKTP berlangsung meriah pada 4 September lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengacara majlis, Cg. Abd. Manaf bin Hussain, ucapan guru besar, penyerahan & pengagihan kuih raya, dan sesi bergambar kelas-kelas dan guru-guru SKTP. Majlis berakhir pada jam 12:00 tengahari.