KUALA TERENGGANU - Perkhemahan Perdana SK Telok Pasu Kali Ke-12 telah berlangsung pada 3 - 5 Mei 2012 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Perkhemahan ini telah disertai oleh kesemua unit beruniform iaitu Pengakap, PBSM, Puteri Islam, Puteri Tunas dan TKRS seramai 169 orang. Antara pengisian aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan ini adalah blindfold trail, membina istana pasir, aktiviti stesen, sukaneka, malam kebudayaan dan pertandingan memasak. Keseluruhannya, peserta perkhemahan dapat menimba banyak pengalaman baru terutamanya dalam membentuk disiplin diri, semangat dan kerjasama berpasukan serta menepati masa. Perkhemahan berakhir dengan perasmian penutup yang disampaikan oleh GPK Ko-Kurikulum, En. Che Mohd bin Abd. Rahman.
7 May 2012
PERKHEMAHAN PERDANA SKTP KALI KE-12 TAHUN 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment