Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

22 Apr 2015

PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015) 


Pada hari Selasa, bersamaan 21 April 2015, Sekolah Kebangsaan Telok Pasu telah mengadakan Program KM1M 2015 dan majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah. Matlamat program ini adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
Semua guru dan murid SKTP terlibat di dalam program tersebut. Program ini bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.15 petang dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mat Saat bin Ibrahim. Selepas majlis perasmian, para guru dan murid SKTP mengambil masa selama 5 minit untuk membaca bersama. Seterusnya ialah persembahan daripada murid tahun 4 yang menyanyikan lagu tema NILAM dan ‘Membaca Gaya Wawasan’.
            Aktiviti seterusnya diteruskan pada pukul 11.00 pagi selepas rehat. Bagi murid tahap 1, terdapat beberapa aktiviti seperti mencantum gambar (tahun 1), pertandingan tulisan cantik (tahun 2), dan pertandingan teka kata (tahun 3). Bagi murid tahap 2 pula, seramai 75 orang murid menyertai pertandingan Jejak Maklumat. Terdapat lima segmen yang disediakan di mana mereka harus menyelesaikan klu yang diberikan di setiap segmen. Manakala murid tahap 2 yang tidak terlibat dalam pertandingan tersebut, berkumpul di surau untuk menyaksikan tayangan dokumentasi dan ceramah motivasi bersama Ustaz Abdullah Lutfi dan Encik Rozali. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.


Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah


0 ulasan:

Post a Comment