Ads 468x60px

.

Social Icons

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK PASU, KUALA TERENGGANU

13 May 2015

KEJOHANAN BALAPAN, PADANG & SUKANEKA


Tarikh 6 Mei merupakan hari istimewa buat seluruh warga SKTP dimana berlangsungnya Hari Sukan peringkat sekolah 2015. Program tersebut bermula seawal 8 pagi di padang sekolah. Guru-guru dan murid dikehendaki berkumpul di khemah mengikut rumah sukan masing-masing. Terdapat empat rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Program dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En. Mat Saat. Acara dimulai dengan perbarisan oleh setiap rumah sukan diikuti oleh sukaneka oleh murid Pra-Sekolah dan murid Tahap 1. Kemudian diikuti pula oleh acara  olahraga bagi murid Tahap 2. Terdapat juga acara tarik tali antara rumah dan acara ibu bapa bersama guru. Acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Hijau yang bertemakan askar. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, tempat kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan akhir sekali Rumah Kuning. Olahragawan dan olahragawati bagi tahun ini disandang oleh murid dari Rumah Biru, Najwan dan Najihah. Program ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua warga SK Telok Pasu yang terlibat. 



Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah


0 ulasan:

Post a Comment