24 May 2015
19 May 2015
14 May 2015
13 May 2015
KEJOHANAN BALAPAN, PADANG & SUKANEKA
Tarikh 6 Mei merupakan hari istimewa buat seluruh warga SKTP dimana berlangsungnya Hari Sukan peringkat sekolah 2015. Program tersebut bermula seawal 8 pagi di padang sekolah. Guru-guru dan murid dikehendaki berkumpul di khemah mengikut rumah sukan masing-masing. Terdapat empat rumah sukan yang bertanding iaitu Rumah Merah, Rumah Biru, Rumah Kuning dan Rumah Hijau. Program dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SKTP, En. Mat Saat. Acara dimulai dengan perbarisan oleh setiap rumah sukan diikuti oleh sukaneka oleh murid Pra-Sekolah dan murid Tahap 1. Kemudian diikuti pula oleh acara olahraga bagi murid Tahap 2. Terdapat juga acara tarik tali antara rumah dan acara ibu bapa bersama guru. Acara perbarisan telah dimenangi oleh Rumah Hijau yang bertemakan askar. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Rumah Biru, tempat kedua Rumah Hijau, ketiga Rumah Merah dan akhir sekali Rumah Kuning. Olahragawan dan olahragawati bagi tahun ini disandang oleh murid dari Rumah Biru, Najwan dan Najihah. Program ini berakhir pada pukul 1.00 tengahari dan berjalan dengan lancar. Sekalung penghargaan ditujukan kepada semua warga SK Telok Pasu yang terlibat.
Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah
Wednesday is an English Day
Mulai 22 April 2015 Sekolah Kebangsaan Telok Pasu
telah mengadakan Hari Bahasa Inggeris pada setiap hari Rabu. Pada hari tersebut
beberapa program berasaskan Bahasa Inggeris anjuran guru-guru panitia Bahasa
Inggeris telah dijalankan. Antaranya adalah ‘Spelling Bee’ oleh wakil bagi
setiap kelas (Tahun 1 hingga Tahun 6), ‘Storytelling’ oleh Pn Siti Hajar dan
persembahan murid. Semua guru dan murid terlibat dalam program ini. Program ini
bermula pada 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi. Oleh yang demikian, pada setiap hari
Rabu, warga SK Telok Pasu digalakkan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Ribuan
terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung.
Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah & Zuhairah
30 Apr 2015
22 Apr 2015
PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2015 (KM1M 2015)
Pada hari Selasa,
bersamaan 21 April 2015, Sekolah Kebangsaan Telok Pasu telah mengadakan Program
KM1M 2015 dan majlis pelancaran NILAM peringkat sekolah. Matlamat program ini
adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan memupuk
pembelajaran sepanjang hayat.
Semua guru dan murid
SKTP terlibat di dalam program tersebut. Program ini bermula pada pukul 8.00
pagi sehingga 1.15 petang dan dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mat Saat
bin Ibrahim. Selepas majlis perasmian, para guru dan murid SKTP mengambil masa
selama 5 minit untuk membaca bersama. Seterusnya ialah persembahan daripada
murid tahun 4 yang menyanyikan lagu tema NILAM dan ‘Membaca Gaya Wawasan’.
Aktiviti
seterusnya diteruskan pada pukul 11.00 pagi selepas rehat. Bagi murid tahap 1,
terdapat beberapa aktiviti seperti mencantum gambar (tahun 1), pertandingan
tulisan cantik (tahun 2), dan pertandingan teka kata (tahun 3). Bagi murid tahap
2 pula, seramai 75 orang murid menyertai pertandingan Jejak Maklumat. Terdapat
lima segmen yang disediakan di mana mereka harus menyelesaikan klu yang
diberikan di setiap segmen. Manakala murid tahap 2 yang tidak terlibat dalam
pertandingan tersebut, berkumpul di surau untuk menyaksikan tayangan
dokumentasi dan ceramah motivasi bersama Ustaz Abdullah Lutfi dan Encik Rozali.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program ini.
Editor by : Natasha, Halimatus Saadiah
& Zuhairah
17 Feb 2015
KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015
Kejohanan Merentas Desa 2015 telah diadakan pada 12 Februari 2015 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Kejohanan ini bermula pada jam 8.00 pagi. Aktiviti ini telah disertai oleh semua murid SK Telok Pasu
Kejohanan ini juga telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Tiada sebarang kecederaan atau perkara - perkara yang tidak diingini berlaku. Sekalung penghargaan buat Pihak Polis Manir kerana turut menjayakan kejohanan merentas desa kali ini.
Berikut adalah gambar sepanjang acara berlangsung ;
Aktiviti memanaskan badan sebelum kejohanan bermula
Penerangan oleh Cikgu Mustaffa Ibrahim
Kejohanan merentas desa bermula
Majlis Penyampaian Hadiah
p/s : Sebab pasukan rumah hijau menang jadi semua font guna warna hijau ok !
Subscribe to:
Posts (Atom)